Warna hijau dah biasa, kita buat pula onde-onde atau buah Melaka warna biru dari bunga telang. Kalau di rumah ada pokok bunga ini boleh manfaatkan.
Bukan saja cantik tapi juga ada khasiat tersendiri. Bunga telang ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan bermanfaat pada kesihatan rambut dan juga kulit.
Selain itu khasiat antioksidan ini juga berkemampuan untuk menstabilkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
Jika nak cuba buat onde-onde bunga telang ini boleh ikut perkongsian daripada Siti Khairun Nur Akmal.
Onde-onde dari bunga Telang, cantik dan ada khasiat
Ads
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
30 kuntum bunga Telang(rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)
Gula melaka (dipotong kecil)
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
Sedikit air kapur
3 helai daun pandan (disimpul)
Cara membuat:
1. Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama. Kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
2. Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air Bunga Telang & air kapur.
3. Gaul sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Ads
4. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.
5. Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung tadi (api sederhana).
6. Apabila bebola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan. Gaul bersama kelapa parut ketika onde-onde masih panas.
Buat kek ni kalau tidak kena cara, tidak menjadi. Bak kata yang mahir jangan derhaka dengan resepi. Ikut sukatan yang betul gerenti menjadi. Walau banyak kek moden yang ada, kek orang lama tetap disukai ramai. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi rupa bentuk dan hasilnya tetap gebu.
KEK PLANTA
Bahan-bahan: 1 cawan planta/majerin 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir ½ cawan susu sejat/cair 4 biji telur (gred b) 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar esen vanila
Cara membuat: 1.Pukul/mixer telur dan gula sampai kembang(putih)- tak digalakkan pakai blender sebab majerin susah nak kembang kalau blender. 2.Masukkan majerin/planta.Adun lagi sampai kembang. Masukkan susu sejat.Adun lagi. 3.Masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dan esen vanila. Adun sekali biar sebati. 4.Dah siap adun semuanya,bahagi adunan kepada dua bahagian. Adunan 1 saya campur dengan serbuk koko dua sudu besar, kacau sebati Adunan 2 kosong saja(warna putih) 5.Sapu loyang dengan majerin,masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing-masing. 6.Bakar dalam 35-40 minit guna dapur gas.Guna api perlahan.
Terasa nak makan Cendol Durian? Kalau nak lebih sedap, cuba hasilkan guna cendol yang anda masak sendiri secara homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak. Sangat mudah.
CENDOL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung ubi
1 sudu teh air kapur
Secubit garam
800ml air
1 mangkuk air berais
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.
2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.
3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!
Jom cuba Jus Nanas Lobak Putih sebagai ikhtiar masalah batu karang. Sakit akibat masalah Batu Karang memang sukar diungkap. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sakitnya. Rawatan di hospital tentunya adalah yang terbaik. Jika anda mengalami masalah ini, segeralah berjumpa doctor untuk mencari rawatan serta ubatan yang terbaik.
Sekadar ingin berkongsi hantaran dari saudari Nur Ismail yang menceritakan masalah batu karang yang dihadapi. Beliau mengambil minuman yang dihasilkan dari campuran nanas dan juga lobak putih. Berikut adalah perkongsian beliau:
Sebelum puasa saya kena batu karang. Pertama kali kena, sakitnya bukan kepalang. Hampir nak kena operation.
Tapi 10 minit sebelum masuk bilik untuk scoping, saya ke bilik air. Tiba-tiba batu karang keluar sendiri. Terus hilang sakit lansung tak rasa apa-apa. Macam magic.
InsyaAllah bulan 11 kena buat CT Scan jugak untuk pemeriksaan lanjut. Ramai yang cadang makan atau minum jus lobak putih. Saya tak lalu nak telan walaupun buat sup huhuhu.
Jadi saya buat jus NANAS+LOBAK PUTIH. Rasa sedap sikit walaupun bau tak enak. Baru mula pun. Hari ni masuk hari ke-5.
RESIPI JUS NANAS & BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas
1/2 batang lobak putih
1/4 sudu besar garam
Sedikit air – agak-agak boleh kisar
CARA MEMBUAT:
1.Kupas nanas dan bersihkan lobak putih. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar.
2.Simpan dalam peti sejuk. Minum bila rasa nak minum. Selamat mencuba!
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira