
Opor masakan yang sangat sinonim dengan orang Pekan, Pahang, menu autentik ini selalu dihidangkan di majlis kenduri kendara atau Hari Raya. Rasanya sangat sedap dan boleh dimakanan dengan nasi putih, nasi bertumis, lemang, nasi impit, ketupat palas dan juga roti. Kalau anda ingin mencuba, silakan, resipi di ada disediakan di bawah.
OPOR DAGING PEKAN
BAHAN-BAHAN (untuk 2 kilo daging kerbau):
2 kilo daging kerbau | hiris sederhana tebal, tidak terlalu tebal atau nipis
2 peket kecil rempah opor puteri ayu | sepeket untuk sekilo daging
4 sekawan | bgi balance berdasarkan bau
Santan (kelapa parut/kotak)
2 keping asam gelugor
3 keping gula kabung/ kerek
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR:
7 biji bawang besar | sebiji mayang, 6 biji kisar/ boleh je kisar semua
7 ulas bawang putih (seulas mayang, 6 biji kisar/boleh je kisar semua
7 ulas bawang kecil | kisar
3cm halia
3cm lengkuas
7 batang serai | kisar
Sedikit belacan | guna 2 kiub belacan
15 tangkai kering |kisar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan sampai naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang hingga kekuningan.
3. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, lengkuas, serai)
4. Masukkan lada kering yang dikisar (pastikan betul-betul masak).
5. Masukkan rempah opor yang dibancuh.
6. Masukkan belacan (saya guna belacan yang dah dipotong kiub, saya guna 2 kiub)
7. Kacau sampai naik bau. {tumisan rempah perlu sentiasa dikacau dengan api sederhana).
8. Masukkan daging (potongan daging tak boleh terlalu nipis dan terlalu tebal)
9. Masukkan gula kabung/gula kerek .
10. Masukkan santan (lebih sedap santan yang diperah)
11. Masukkan asam jawa/asam keping atau kedua-duanya pun boleh (bergantung ats rasa).
12. Masukkan garam (saya lebih suka guna garam kasar)
13. Masak sampai daging lembut.
INFO: Opor perlu sentiasa dikacau untuk elakkan rempah hangit. Tapi bila da masuk daging, kacau hingga dasar kuali supaya tidak ada rempah melekat pada kuali. Kacau setiap 2/3 minit. Rasa perlu balance (pedas, masam, masin, manis, lemak dan berempah). Masak opor tidak susah namun perlu ada teknik. Kena pandai balance kan rasa. Tips kena bersabar.
RESIPI BUAT REMPAH OPOR PAHANG
(Untuk Sekilo Daging)
BAHAN-BAHAN:
Segenggan ketubar biji
Segenggam jintan kasar
Secubit jintan halus
Cili kering ikut kepedasan diinginkan | potong tangkai dan hujung untuk keluarkan biji
CARA MEMBUAT:
- Kesemua bahan, (kecuali cili kering disangai berasingan) disangai menggunakan api perlahan hingga garing.
- Kisar sekali kesemua bahan hingga halus, ayak untuk rempah yang halus.
Kredit-Syarifah Nabila Sayed Harun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidangan Nasi Raya Istimewa, Pelbagai Rasa. Sesuai Untuk Semua Jenis Lauk!

Isi Kandungan
ToggleIngin menyediakan hidangan yang lebih istimewa di hari raya ni, pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja. Memang sedap!
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
Cara memasak:
- Rendam beras sejam. Toskan.
- Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
- Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
- Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
- Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 3 cawan air rebusan daging kambing
- 1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
- 3 sudu makan minyak sapi/mentega
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 sudu makan kismis
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- Garam secukupnya
- Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
- Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
- Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
- Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
- Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
3. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar |mayang halus
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 2cm halia |kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
- Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
- Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
- Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
4. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kiub besar
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 cawan air rebusan daging
- 3 sudu makan mentega/minyak sapi
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rendaman safron
- 1 sudu teh jus lemon
- 2 helai daun bay leaf
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan gula perang secukupnya
- Bawang goreng dan kismis secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
- Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
- Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
- Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
5. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar |kisar halus
- 4 ulas bawang putih |kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
- Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
- Masukkan beras dan air.
- Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
6. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah |potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda |mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
- Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
- Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
- Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
Penyelaras: Team Rasa
Resipi: Chef Suwarsi M. Arukin
Resipi Kek Buah Sukatan Cawan, Ikut Cara Ni Barulah Lebih Cepat Masak

Bagi penggemar Kek Buah tapi nak yang dalam sukatan cawan, resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak. Jika anda tidak punya masa, boleh cuba buat Kek Buah versi bakar. Rasanya tetap sama sedap. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT KEK BUAH BAKAR SEDAP, ENAK & CEPAT MASAK GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN-BAHAN:
400gm mentega /marjerin – beli online disini
1 1/2 cawan gula halus – beli online disini
4 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette – beli online disini
3 1/2 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
2 cawan buah campuran – beli online disini
1 sudu esen vanilla – beli online disini
3 sudu makan oren sunquick – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rendam sekejap buah campuran dengan air suam. Kemudian toskan. Gaul dan salutkan buah campur tadi dengan sedikit tepung.
2. Satukan mentega, gula dan ovalette. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick. Adun lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri. Sebatikan menggunakan spatula sahaja.
5. Masukkan buah campuran. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di permukaan kek nanti.
6. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9×9 yang telah dialas dengan baking paper. (empunya resipi guna loyang saiz 8×8. Lebihan adunan beliau bakar guna bekas bersaiz 5×5). Tabur lebihan buah di permukaan kek.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakat kek selama 45-60 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Hadiyana Che Halim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Tapai Pulut Sedap Untuk Hari Raya. Begini Caranya
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy. Memang Puas Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Timur Tengah Berasaskan Daging, Aromanya Sahaja Sudah Membuka Selera.

Masyarakat Arab memang suka dengan sajian daging. Sajian seperti kebab dan shawarma ada sahaja dijual di restoran Arab di negara kita. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi menu berasaskan daging yang cukup popular dari negara Timur Tengah ini.
Jom kita cuba masakan Arab yang sedap menyelerakan ni, Min kongsikan resipi dari Chef Suhaili Mohd Noor. Rugi kalau tak cuba.
1.BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kambing kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
- 300 gm serbuk roti
- 2 ulas bawang merah| dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa
Bahan perapan :
- Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
- Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan
perasa.
2 .Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola.
3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja.
4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan.
5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Kebab
Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
2. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh paprika
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 ulas bawang merah | dicincang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- 5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
- 1 biji tomato | dihiris
- Sedikit daun salad | dihiris
- 2 biji jeruk timun
- 50 gm buah zaitun | dihiris
- Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
- 2 sudu makan mayonis
- 1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili.
6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak.
7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah.
8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Ala sandwic
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat
dan cepat masak.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
- 500 gm daging kisar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
- 2 biji telur
- Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
- 1 1/2 cawan marjerin
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK :
Inti daging Mutabbaq
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa.
3. Gorengkan sehingga air daging kering.
4. Kemudian sejukkan sebentar.
5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat.
Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq
1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq.
2. Uli doh itu tadi sehingga lembut.
3. Biarkan rehat seketika.
4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis.
5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi.
6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak.
7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan.
8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah..
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina
Info Chef : Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SHISH TAWOOK
BAHAN- BAHAN :
- 3 keping dada ayam | dipotong dadu
- Tomato ceri secukupnya
- Cili benggala hijau secukupnya | dipotong dadu besar
- Lidi untuk pencucuk
Bahan perapan:
- 2 sudu makan yogurt
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makanserbuk cili
- 1sudu teh gula
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan perapan di dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian perapkan ayam yang telah dipotong dadu tadi selama lebih kurang ½ jam.
3. Apabila telah diperapkan cucuk kepingan ayam tadi berselang seli dengan tomato dan cili benggala.
4. Gril di dalam tempat gril atau bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak dan keperang-perangan.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Panggang /gril
Jenis masakan : Ala sate
Keistimewaan : Isi ayam berjus tambah lazat dengan tomato ceri dan lada benggala bakar.
Info Chef : Boleh dihidangkan bersama salad dan sos bbq
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm daging kisar (inti)
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji bawang holland | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
- 300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
- 3 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar
3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati.
5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi.
6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh.
7. Goreng sehingga warna bertukar coklat.
8. Angkat dan toskan.
9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup
Info Chef : Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.