Ada yang suka dan tidak suka rasanya, tapi selalunya kalau makan telur pindang mesti dekat majlis kahwin. Cara buatannya memang rumit tapi jika kita tidak pelajari boleh pupus jadi kenangan. Masak kena betul untuk dapat rasa dan warna yang sekata. Kalau orang masak untuk orang kahwin mesti masak 1000 biji sekali harung. Ini resipi untuk 30 biji boleh bagi lebih kepada famili yang lain.
TELUR PINDANG
BAHAN-BAHAN:
- Telur Ayam Gred C 30 biji Dibasuh terlebih dahulu
- Jintan RM2.00 basuh
- Ketumbar RM2.00 – basuh
- Garam ikut suka
- 1/2 kilo bawang kecil (diptong 2 atau 3)
- 5 batang serai diketuk
- Lengkuas sebuku macam ibu jari kaki diketuk-ketuk
- 2 inci halia panjang diketuk-ketuk
- Daun jambu batu secekak
- Daun senduduk secekak
- Daun serai secekak
- Daun manggis secekak (kalau tidak ada pun boleh)
- Kulit bawang merah
- Kalau suka masukkan sedikit kicap pekat (kalau tidak letak pun tidak apa)
(daun-daun dan bahan-bahan lain harus dibasuh bersih )
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu buat lapisan pertama, ambil periuk dan susun daun-daun dan bahan-bahan yang lain
- Masukkan sedikit garam kemudian susun telur diatas daun-daun tadi.
- Kemudian susun daun-daun buat lapisan kedua dan susun telur yang selebihnya.
- Susun daun-daun dekat atas telur untuk penutup telur dan taburkan garam.
- Tuangkan air kedalam periuk dan boleh juga rasa air tu masin atau tidak. Air hendaklah sentiasa menutupi telur. Kalau tidak warnanya nanti tidak cantik.
- Letak atas dapur dengan api yg kecil. Rebus telur pindang kalau hendak sedap rebus dalam 4 hari 3 mlm.
- Bila sudah masak ambil telur direndam dengan air sejuk supaya tidak melekat. Ok sudah siap.
Kredit: Nor Amylia Amy