Kengsom antara sajian Thailand yang memang enak dan kena dengan cita rasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Biasanya Kengsom dimasak menggunakan ikan siakap namun resipi perkongsian saudari Siti Fahana Rosdi ini sedikit berbeza dimana ia menggunakan ikan talapia. Menurut beliau resipi ini adaah dari sepupu beliau yang tinggal di Thailand. Wow…Boleh cuba ni. Pasti enak!
RESIPI KENGSOM IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia
Hirisan nanas
Kangkung secukupnya
Daun kesum secukupnya
Sedikit air
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang holland – beli online disini
1-2 batang serai
6-7 biji cili burung / cili padi
1 potong nanas
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
1 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini
Air asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan potong ikut saiz bersesuaian.
2. Satukan bahan-bahan kisar. Kisar hingga halus. Nanas dikisar bersama bahan lain bertujuan untuk memekatkan kuah.
3. Ambil periuk bersesuaian. Tuang bahan kisar dan masukkan sedikit air. Masak sampai kuah mendidih.
4. Bila kuah telah mendidih, masukkan ikan dan perasakan denga garam, gula, serbuk perasa dan juga jus limau nipis dengan secukupnya.
5. Bila ikan hampir masak, masukkan kangkong, hirisan nanas dan daun kesum. Biarkan sekejap dan tutup api.
6. Kengsom Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Siti Fahana Rosdi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official