
Hari ini terlebih rajin, nak baking Orange Muffins. Muffin perisa oren ni gerenti makan tak kan muak. Agar nampak lebih meriah di atasnya taburkan buah-buahan kering untuk nampak lebih menarik.
Bahan-bahan:
1 biji telur (A)
1/2 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
200ml susu segar
1 sudu besar sunquick oren+sedikit pewarna oren
(kalau nak tukar perasa lain pun boleh)
90 ml minyak jagung @masak
2 cawan tepung kek-BELI ONLINE DI SINI
(kalau tepung biasa tambahlah baking powder) ayak
1/2 cawan buah-buah kering(cuci dengan air panas dulu dan tos)
Buah-buah kering ini separuh letak dalam adunan,separuh lagi untuk letak atas muffin
Cara membuat:
1.Pukul telur,gula,guna tangan saja.
2.Bila dah kembang letak susu pukul lagi.
3.Letak perasa oren,pukul lagi.
4.Kemudian letak minyak,pukul lagi.
5.Letak tepung sikit-sikit sambil kacau-kacau sebati.
6.Letak 3/4 adunan tu dalam cawan kertas.
7.Bakar suhu 170, 30/35minit. Api atas/bawah.
Kredit: Malnorashima Bt Ismail
Oat Coklat Snow Cookies Sedap Buat Kudapan, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin Zaman Kini.

Isi Kandungan
ToggleTidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.
PAJERI TERUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung hijau
- 5 keping ikan gelama masin
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 2 sudu teh halba campuran
- 3 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 2 inci halia | dikisar
- 30gm udang kering | dikisar
- 4 sudu besar serbuk rempah kari daging
- 1 ketul gula Melaka
- 3 sudu besar kerisik
- 300ml air
- 500ml santan
- 100ml minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan masin sehingga garing.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
- Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
- Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup | dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
- Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
- Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
- Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.
Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.
IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
- 8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
- 2 batang serai | diketuk
- 700ml santan cair
- 250ml santan pekat
- 1 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 3 biji bawang merah | dikisar
- 5 biji cili padi | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci kunyit hidup | dikisar
- 3 biji buah keras
- Secubit belacan
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
- Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
- Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
- Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 11/2 kilo lala
- 2 cawan pati santan pekat
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 2 batang kunyit hidup
- 1 biji bawang besar
- 10 ulas cili padi
- 2 keping asam gelugor
- 2 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
- Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
- Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.
ASAM REBUS KELADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat batang keladi
- 2 keping asam gelugor
- 1 cawang udang | bersaiz sederhana
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
- Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
- Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
- Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
- Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.
Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
- 5 cawan santan pekat
- 2 batang serai | dititik
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji nanas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
- Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
- 4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
- Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
IKAN KELI SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan keli|disalai
- Sehelai daun kunyit
- 2 biji limau
- 1 kg santan
- 3 biji bawang merah|dikisar
- 2 ulas bawang putih|dikisar
- 15 biji cili padi|dikisar
- 2 inci kunyit hidup|dikisar
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
- Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
- Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
- Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
- Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.
Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.
PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI
TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.
Resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat. Menu Diet Sedap Giler

Menurut empunya resipi, saudari Shahmila Radha, resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat ni memang sangat sedap. Sesuai dijadikan menu bagi anda yang tercari-cari menu diet yang ringkas dan mudah disediakan. Menu ini menggunakan bahan segar yang mudah didapati dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!
CARA MEMBUAT EGG SALAD BELL PEPPER @ CUCUMBER BOAT
BAHAN-BAHAN:
Timun
Lada Benggala @ bell pepper hijau
Daun salad
4 biji telur
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
Mix herbs secukupnya – beli online disini
Cayenne pepper secukupnya – beli online disini
Parsley secukupnya
1 sudu makan jus perahan lemon (limau nipis pun boleh)
Emping cili @ serbuk lada hitam secukupnya – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sekali, belah tengah timun dan lada benggala. Keluarkan biji dan bersihkan.
2. Rebus telur hingga masak kemudian kupas kulitnya.
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam, yogurt, mix herbs, cayenne pepper, parsley, jus perahan air lemon (limau nipis pun boleh) dan jika suka, boleh tambahkan emping cilia tau serbuk lada hitam dengan secukupnya.
4. Hancurkan telur dan gaul semua bahan hingga sebati.
5. Ubah suai rasa mengikut selera masing-masing.
6. Letak salad atas lada benggala dan isi dengan inti telur tadi. Lakukan yang sama untuk timun juga.
7. Tabur parsley dan chili flakes jika mahu rasa lebih pedas.
8. Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat siap disediakan dan sesuai dijadikan menu saraoan, makan tengahari, makan malam dan juga snek.
Kredit resipi & foto: Shahmila Radha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pisang Goreng Salut Gula Resipi Ibunda. Hidang Dengan Teh O Memang Sedap
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mudah Je, Buat Sendiri Nasi Briyani Sempoi Untuk Keluarga

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Apa kata, sediakan hidangan istimewa nasi briyani buat keluarga.
Resipi yang dikongsi Fatimah Saari ini, sangat mudah untuk dibuat dan rasanya sangat menyelerakan.
NASI BRIYANI SIMPLE
BAHAN-BAHAN: (anggaran 4-6 orang makan)
3 cawan beras basmathi | rendam ½ jam & sejatkan – beli online di sini
1 sudu besar minyak sapi – beli online di sini
2 sudu besar marjerin planta (atau apa-apa marjerin pun boleh)
½ tin susu cair – beli online di sini
1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online di sini
3 ulas bawang merah* – beli online di sini
5 ulas bawang putih* – beli online di sini
2 inci halia*
(bahan bertanda * dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan | siat & simpulkan
1 genggam daun ketumbar (optional)
1 genggam bawang goreng
Sedikit gajus
Sesikit kismis
Pewarna oren /saffron
1 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 sudu besar rempah beriani (saya guna brand Gemini, bancuh dengan sedikit air)
Air mengikut sukatan beras basmathi yang anda guna (biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak. Lebih kurang sukatannya 1:1.5)
4 biji telur rebus (lepas nasi masak, letak je dalam nasi)
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali.
2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
4. Masukkan kismis. Kacau rata.
5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa. Masak hingga nasi kering.
7. Dengan menggunakan batang sudu, buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
8. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
9. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna oren.
10. Jangan terlebih gaul, nanti nasi akan patah-patah. Seelok-eloknya gunakan chop stick atau garfu.
11. Bila dah siap, boleh letak telur rebus dalam nasi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN AYAM MASALA (CARA SAYA)
½ ekor ayam
*1 sudu garam masala
*1 sudu serbuk ketumbar
*1 sudu serbuk kunyit
*1 sudu lada putih
*1 sudu serbuk cili
*3 sudu rempah kari daging (babas) – beli online di sini
*Sedikit garam
*1 sudu bawang putih (yang ditumbuk)
BAHAN TUMIS:
1 bawang besar | potong dadu
1 biji tomato | potong dadu
2 tangkai daun kari #
1 sudu bawang putih kisar#
½ sudu kecil jintan manis#
Kulit kayu manis#
Bunga lawang#
Bunga cengkih#
Garam
Gula
Kiub ayam
½ cawan susu cair
Minyak
CARA-CARA:
1. Perap ayam dengan bahan bertanda * . Gaul sebati dan perap 30 minit.
2. Tumis bahan bertanda # . Kemudian masukkan bawang dan tomato yang didadukan.
3. Kacau biar sebati dan masukkan ayam dan air sikit. Gaul sebati.
4. Tambah susu cair, garam dan gula. Tutup periuk, biarkan ayam masak/empuk dalam 15-20 minit.
5. Kacau sebati, buat agak berkuah sikit. Bila dah siap, boleh tabur daun ketumbar. Sedia dihidang.
Kredit resipi: Fatimah Saari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
3 Resipi Mudah & Sedap Kuih Biru, Guna Pewarna Dari Bunga Telang
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: