
Di kala perintah duduk diam di rumah ni , macam macam kehendak lah pula nak makan itu dan ini. Hakikatnya tak boleh keluar sesuka hati. Jadi untuk menghiburkan hati dan memenuhi selera yang teringin nak makan orange stim kek ni jadi kita buatlah ikut resipi yang dikongsi oleh Chef Imelda. Memang kebabom sedap.
Orange Steam Cake 🍊
Bahannya
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan gula perang
1/2 cawan sunquick ( Imelda letak extra ❤)
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
Caranya:
1.Gaul telur, gula dan esen vanilla sehingga kembang. Masukkan minyak dan sunquick. Kacau. Tambahkan tepung, baking powder dan baking soda yg sudah di ayak sedikit demi sedikit. Selang selikan dengan susu. Kacau hingga sebati.
2.Oles acuan dengan minyak. Tuangkan adunan. Kukus.
3.Panaskan pengukus kalau nak guna pengukus. Kukus hingga masak. 1 jam.
Imelda masok dlm pressure cooker jer.. 15 min mode steam. Siap!!!
4.Kalau nak lagi umph boleh letak any sauce or syrup.. selamat mencuba!
Kredit: Chef Imelda Harris
#imeldamasak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Durian Mille Crepe Dengan 17 Lapis Kastard Durian Creamy, Sedap Tak Terperi

Resipi durian mille crepe ini kena buat waktu musim durian! Tengoklah rupanya yang menggoda. Meski memerlukan kesabaran untuk membuat crepe yang berlapis tapi hasilnya memang berbaloi. Sedap tak terperi, makan sambal tutup mata dibuatnya.
Istimewanya durian mille crepe ini dibuat sebanyak 17 lapisan dengan setiap lapisan crepe disapu dengan kastad durian creamy, ditambah pula dengan fresh cream yang ringan gebu. Bila simpan sejuk dalam peti ais, teksturnya jadi lebih padat, sejuk, berkrim dan puas hati!
Resipi Durian Mille Crepe

Bahan Filling Kastad Durian Creamy:
1 ½ cawan isi durian (pastikan durian yang manis & masak ranum)
1 cawan susu full cream
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar tepung kastad
Beberapa titik pewarna kuning (untuk seri warna)
1 cawan non-dairy whipping cream
Bahan Crepe:
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula aising
½ sudu teh garam halus
2 biji telur gred C
1 cawan susu full cream
3 sudu besar air
Beberapa titik pewarna kuning

Cara Penyediaan Filling Kastad Durian:
-Satukan susu, gula, tepung kastad & pewarna kuning. Kacau rata sebelum buka api.
-Masak atas api sederhana, kacau sentiasa hingga pekat, berkilat dan menggelegak.
-Masukkan isi durian, kacau sebati, tutup api & biarkan sejuk sepenuhnya.
-Pukul whipping cream hingga kental dan bertanduk.
-Campurkan kastad durian yang dah sejuk, pukul lagi hingga sebati dan creamy.
Cara Penyediaan Crepe
-Campur semua bahan crepe, kacau sebati dan tapis untuk hasil lebih halus.
-Panaskan pan non-stick saiz 20cm, sapu sedikit minyak guna tisu.
-Tuang satu senduk adunan, lenggangkan hingga nipis dan rata.
-Masak atas api kecil hingga permukaan kering & muncul gelembung.
Ulang proses hingga dapat 17-18 keping crepe, ikut saiz pan.
Cara Susun Mille Crepe
-Letak sekeping crepe atas pinggan, sapu filling kastad durian nipis-nipis.
-Lapiskan dengan crepe, ulang hingga habis bahan.
-Untuk hiasan, boleh picit fresh cream bentuk bunga atas permukaan dan sapu keliling kek.
-Simpan dalam freezer 3-4 jam hingga set. Potong & hidang sejuk-sejuk.

Tip Dapur RASA
- Pastikan isi durian masak ranum & manis, baru kastad durian lebih wangi & lemak.
- Sapuan filling jangan terlalu tebal, nanti kek susah set & comot masa potong.
- Lagi nipis crepe, lagi cantik & lembut lapisan kek.
- Simpan dalam peti sejuk lebih lama, tekstur jadi lebih kemas & mudah dipotong.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah Tihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Biskut Chocolate Almond Slices Sekali Makan Confirm Nak Lagi

Raya kan sebulan dan pastinya tahun ni lebih meriah dengan adanya rumah terbuka. Stok biskut raya mungkin berkurangan jadi boleh buat tambahan biskut yang mudah dan sedap. Boleh cuba resipi biskut chocolate almond slice ni hasilnya inshaAllah tidak mengecewakan.
Biskut Chocolate Almond Slices
Bahan-bahan:
A.
250gm mentega
125gm gula aising
B.
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
C.
300gm tepung gandum
100gm tepung jagung
25gm serbuk koko
140gm badam keping
Cara membuat:
1.Pukul bahagian A hingga kembang lalu masukkan bahagian B dan pukul lagi.
2.Masukkan pula bahagian C dan kacau hingga rata.Sejukkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
3.Kemudian bentukkan doh segi empat dengan plastik.Sejukkan lagi sehingga keras.

4.Keluarkan doh dan hiris setebal 6 mm.


5.Susun dalam dulang yang digris dan bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 170 °c selama 15 hingga 20 minit atau sedikit kekuningan di bawahnya.Sejukkan kali kedua sis masuk tempat sejuk beku.
Kredit: Sri Anum Abdullah
Rahsia Nasi Goreng Cili Padi Sedap Rupanya Kena Tambah Isi Ikan Goreng
Anak-anak Tak Suka Makan Sayur? Buatkan Brokoli Celup Tepung Gerenti Licin
3 Jenis Pai Jadikan Minum Petang Keluarga Di Hari Cuti Lebih Meriah.

Penggemar pai pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti ikut kreativiti si pembuat pai sesuai dengan cita rasa semasa. Tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup sepenuhnya atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan paling sedap untuk minum petang keluarga korang. Nak cuba ini tiga resipi yang dikongsikan:-

PAI LABU:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI:
- 325gm tepung gandum
- 210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
- 8 sudu makan air sejuk
- Sedikit garam
INTI PAI LABU
Bahan A
- 400 gram labu | dibuang kulit
Bahan B
- 110 gm gula merah
- 120ml whipping cream
- 3 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
2. Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
6. Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
7. Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
8. Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
9. Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
10. Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
11. Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
12. Pai sedia dihidangkan.

PAI LIMAU NIPIS
BAHAN CRUST :
- 200gm biskut Marie atau Digestive
- 1/4 cawan serbuk serbuk badam
- 1 sudu makan gula kastor
- 100gm mentega cair
BAHAN INTI PAI:
- 4 biji telur
- 395gm susu pekat manis
- 160ml whipped cream
- 5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.
CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
2. Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
3. Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
4. Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
5. Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
6. Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
7. Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
8. kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
9. Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
10. Pai sedia dihidangkan.

COKLAT MUD PAI
BAHAN CRUST
- 300gm serbuk biskut Oreo
- 75gm mentega
INTI MUD PAI:
- 85gm dark coklat
- 85gm mentega
- 2 biji telur
- 85gm gula kastor
- 100ml whipped cream
SOS FUDGE:
- 150gm dark chocolate
- 150gm whipped cream
- 3 sudu makan golden sirap
- 175gm gula asing| diayak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
2. Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
3. Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
4. Pukul telur dan gula sampai kembang.
5. Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
6. Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
7.Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
8. Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
9. Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
10.. Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.

