Minum petang hari ni special sikit, nak buat oren cheesecake. Anak-anak pun suka. Paling sedap bila makan time sejuk. Gerenti tak cukup sepotong.Kek oren ni walau ada cheese di dalamnya tak kan rasa muak. Cubalah nanti.
Mungkin ada yang teringin nak merasa kek buah kukus zaman mak-mak kita dulu. Kek ni kalau tak ikut caranya yang betul, memang tak menjadi. Ada saja yang tidak kena tak cukup lembaplah, cepat berkulatlah dan sebagainya. Menurut chef Sue sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus).Barulah kek menjadi lembap dan lembut secukupnya. Kalau ada yang nak cuba buat, bolehlah cuba resipi ni.
KEK BUAH KUKUS Bahan-bahan:
300gram tepung gandum
300gram buah kering campur (gunakan campuran buah-buahan yang berkualiti)
250gram mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
3 biji telur grade A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh cream of tartar
Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)
Bahan-bahan B (untuk gula hangus):
280gram gula (kalau suka lebih manis gunalah 300gram)
1/4 cawan air
Cara memasak: 1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar. 2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega dan gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap). 3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balikkan sebati. 4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek). 5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4 jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.
Tip; *Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek.
Jom cuba buat Kek Span Pandan. Petang-petang macam ni, minum kek homemade sambil minum teh memang sedap! Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
Hari raya Aidilfitri tinggal tak berapa lama sahaja lagi. Ada yang masih belum mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang mudah tapi sedap, apa kata anda cuba resipi Biskut Telur Rebus @ Biskut Cincin perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla. 2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada. 4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Kita selalu buat sandwic untuk bekalan, tapi biasanya yang ringkas. Letak tuna, sardin atau telur kemudian tambah sayur. Itu saja.
Tapi sekali sekala buatlah sandwic yang bertingkat begini. Tebal, penuh inti dan memang mengenyangkan.