Oreo cheesecake Dengan Nutella. Dengar nama pun dah dapat agak ia pasti akan jadi kesukaan anak-anak. Tentu anak-anak seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan berbuka bila dihidangkan dengan makanan yang mereka suka.
Menurut puan Aisyah Humaira yang berkongsi resipi ini, rasa kek ini lemak berkrim dan gebu. Mesti cuba dan cara buat pun senang.Tak perlu oven dan tak perlu mixer. Mudahkan?
1 paket biskut Oreo
1 botol kecil jem Nutella – boleh beli online di sini
500 gram cream cheese – boleh beli online di sini
1 kotak kecil cooking cream
4 biji telur
3 sudu besar penuh gula – boleh beli online di sini
2-3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar penuh tepung jagung – boleh beli online di sini
1 sudu besar perahan lemon
**Kisar semua bahan diatas dalam blender hingga sebati dan gebu
Masukkan creamcheese ke dalam pengisar. Masukkan juga semua bahan B (bahan kisar) dan kisar hingga gebu.
Alas loyang dengan baking paper, tapis dan tuang adunan ke dalam loyan
Tabur biskut oreo yang telah dipatah-patah kecil.
Tekan-tekan supaya biskut tenggelam. Tutup dengan Aluminium foil
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
Setelah kek masak, buang kertas lapik tadi dan bolehlah tuang Nutella spread yang telah dicairkan dahulu di dalam macrowave. Sejukkan selama 1jam atau lebih didalam peti sebelum dihidangkan. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official