Ini adalah laksa yang terkenal dikalangan orang Perak terutama di kawasan pantai remis, pangkor dan manjung. Laksa mi Pangkor berbeza dengan laksa yang lain keran ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu sup, sambal, sayur dan mi.

LAKSA PANGKOR
BAHAN A
• Laksa mee

BAHAN B (Terpulang pada citarasa masing-masing boleh sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
• Ikan kembung
• Daun sup
• Bawang putih
• Bawang merah

IKLAN

BAHAN C (Sayur)
• Kacang panjang
• Bawang putih
• Lobak masin

BAHAN D (Sambal Udang)
• Cili giling
• Bawang merah
• Bawang putih
• Belacan yg dibakar

IKLAN

CARA MEMASAK KUAH:
1. Panaskan sedikit minyak (tumis darat). Masukkan bawang putih yang diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (ini untuk dimasukkan dalam kuah sup nanti)
2. Dalam periuk yang lain masukkan rebus ikan kembung, asam keping dan sedikit garam.
3. Angkat ikan perisi ambil isi ikan (kadang-kadang terpulang ada yang letak seekor ikan yang dipotong dua. Sudah itu letak semula dalam rebusan tadi.
4. Masukkan bahan yang tumis darat tadi dan masukkan daun sup.
5. Letak sedikit garam dan gula. Siap kuah ala-ala sup Ikan kembung

CARA MEMASAK SAYUR:
1. Kacang panjang dipotong halus
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang diketuk (kalau suka boleh letakkan lobak masin dan masukkan sedikit garam jika tidak letak)
3. Tumiskan sekejap sahaja jangan sampai layu.

IKLAN

CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Panaskan minyak sedikit minyak. Masukkan cili yang sudah dikisar
2. Tumis sehingga garing, masukkan bawang putih yang dibelah dua (bila sambal hampir masak lenyekkan bawang putih yang dibelah tadi untuk lebih aroma)
3. Masukkan sedikit belacan yang dibakar tadi. Bila cili sudah hampir masak baru masukkan isi udang.. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

CARA MEMASAK LAKSA MI:
1. Rebus laksa mi seperti biasa. Toskan dan hidangkan bersama kuah, sayur, dan sambal.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI