Bagi anda yang ada anak kecil, pasti akan menggemari sajian Oyster Sauce Chicken @ Ayam Masak Sos Tiram cara cina ini. Menu ini bersifat savori tapi manis. Ayamnya dimasak lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram. Ha…Bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Anak-anak pasti suka.

RESIPI OYSTER SAUCE CHICKEN STAIL CHINESE

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka

BAHAN-BAHAN:

Potongan ayam secukupnya
Secubit serbuk kunyit beli online disini
Sedikit garam (tak perlu terlalu masin)
2-3 tiga titis cuka makan beli online disini
2 sudu minyak masak
1 ulas bawang putih – ketuk

1 pokok daun bawang – potong panjang
1/2 biji bawang merah – hiris
1/2 batang lobak merah – potong mancis
Sedikit air
1 sudu besar kicap pekat beli online disini
1 sudu besar kicap cair beli online disini
1 sudu besar sos tiram beli online disini
2 sudu air bancuhan tepung jagung beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Sediakan ayam. Satukan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan cuka makan. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka2. Panaskan minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.

Ads

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan.
4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan.
5. Biarkan ayam sehingga jus kering.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka6. Potong lobak merah, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka7. Masukkan bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah ke dalam pan. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka8. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka9. Bila air sudah kering. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tidak perlu lagi tambahan perasa lain.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka10. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka 11. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka12. Sedia dihidang.

Ads

Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Creamy Butter Tuscan Salmon Sedap Ala Restoran

Ads

Terung Bakar Air Asam Santan, Resipi Mudah Comfirm Sedap

Resipi Pais Tempoyak Ikan Talapia Paling Senang & Sedap

Resipi Bubur Gandum Dari Arwah Tok. Mudah & Sedap Rasanya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=g36Apb2QMXM

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI