Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.
Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yang biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera makan nasi.
MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT
Ads
BAHAN-BAHAN :
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan mentega
1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
Sedikit serbuk perasa | jika suka
CARA MEMASAK :
Ads
Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
Kemudian masukkan kiub ayam.
Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.
GARLIC BREAD
Ads
BAHAN-BAHAN :
Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
2 sudu makan mentega
Secubit daun parsli
1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus
CARA MEMASAK :
Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.
Hidangkan bersama sup cendawan.
Sumber : FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!
Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
Masukkan yogurt dan mix sebentar.
Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Cuaca panas terik begini enak jika dapat meneguk air buah yang fresh.Kalau nak lebih fresh tak payah letak ais dan gula memang nikmat rasanya. Ikutlah kesukaan anda nak buat air buah apa, pilihlah buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
Air mangga
Bahan-bahan: 4 biji mangga 2 biji mangga dipotong dadu untuk topping 1 tin krimer sejat cair Saji 2 cawan susu rendah lemak Ais secukupnya (Jika suka cair boleh tambahkan kuantiti air) Gula atau susu pekat boleh nak tambah tapi akak tak guna sebab nak manis original mangga Secubit garam nak rasa lemak
Cara membuat: 1. Kisar buah mangga, susu rendah lemak, susu cair dan sedikit ais kiub sehingga sebati. 2. Tuang ke dalam gelas atau jug dan letakkan ais, tambahkan topping kiub mangga yang dipotong dadu tadi di atas sekali. 3. Sedia untuk dihidangkan.
Hmmm…enaknya hidangan gaya Cina seperti Ayam Pong Teh, Ketam Bercili, Ayam Lada Hitam Cendawan, Ketam Telur Masin dan Sotong Nestum ni. Sesekali ubah selera memang sedap dan boleh menaikkan selera. Cara masaknya juga tidak sukar. Sesuai sangatlah dicuba di hujung minggu ni. Jom intai bahan-bahan yang anda perlukan!
1. AYAM PONG TEH
BAHAN – BAHAN:
1/2 ekor ayam bersaiz sederhana |dipotong kecil
1 biji kentang | direbus dan belah empat
6 ulas bawang merah| dihiris halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5cm halia | ditumbuk halus
1 biji cili merah | dihiris halus
3 sudu makan taucu | hancurkan sedikit
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
Gula Melaka secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum.
Masukkan taucu dan masak hingga wangi dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya sehingga ayam tenggelam. Masak hingga mendidih.
Masukkan kicap pekat dan kicap cair. Kacau rata.
Apabila ayam sudah masak, masukkan ubi kentang. Perasakan dengan sedikit gula Melaka. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Ayam Pong Teh sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.
2. KETAM TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ketam
3 sudu makan tepung jagung
6 ulas bawang merah | dihiris nipis
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
2.5cm halia | ditumbuk halus
1 biji cili merah | dihiris nipis
Beberapa helai daun kari
2 biji kuning telur masin
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ketam dan lumurkan dengan tepung jagung dan juga sedikit garam.
Panaskan minyak dan goreng ketam sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Ambil sedikit minyak lebihan gorengan ketam dan tumis bawang merah, bawang putih, cili dan daun kari.
Kemudian masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan. Biarkan ia masak dan tuangkan susu cair sedikit demi sedikit.
Biarkan kuah memekat dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Santan juga boleh digunakan bagi menggantikan susu cair
3. AYAM LADA HITAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam | dipotong kecil
5 biji cendawan butang segar | dihiris nipis
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
2.5cm halia | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar |dipotong empat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
250ml stok perang ayam
1 sudu teh kicap manis
3 sudu makan minyak masak
Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan goreng menggunakan api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
Tuang stok perang ayam dan kemudian masukkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Siap untuk dinikmati.
Info chef: Stok perang ayam boleh juga digantikan dengan air biasa
4. SOTONG NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong | dihiris kecil
5 biji cili padi | dihiris halus
1 tangkai daun kari
3 sudu makan mentega
2 sudu makan bijirin Nestum
3 sudu makan oat
BAHAN PERAPAN:
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
Sangai oat bersama nestum hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Gaulkan sotong bersama tepung jagung, tepung beras, lada putih dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan cili padi dan daun kari.
Bila daun kari kelihatan sedikit garing, masukkan udang dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Guna minyak yang banyak semasa menggoreng sotong bagi memastikan ia masak secara sekata.
5. KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | dibersih dan dipotong dua
1 biji bawang besar | dimayang
7 biji cili merah | dikisar kasar
5 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2 batang serai | dititik
2 sudu makan jus lemon atau limau nipis
1 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air bersama bawang besar, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan ketam dan gaul sehingga rata. Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan telur dipukul terlebih dahulu supaya sebati rasanya dengan sekata pada kuahnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!