
Kopi yang sedap tak semestinya mahal! Beruntung orang Pontian tak payah ke Perlis, singgah R&R Kayu Ara Pasong boleh santai minum Kopi Gantung Viral Perlis padu baq hang! Majoriti yang dah cuba asyik nak beli lagi je. Selalu kedai tutup awal sebab kopi habis awal. Kalau teringin tu jangan tangguh niat, terus start enjin kereta gerak beli kopi ni bungkus lebih bawa balik rumah pasti tak menyesal.
Sangat berbaloi! Sebungkus RM 4.00 sahaja Kopi Gantung Viral ni. Kedai ni baru je di buka pada 13 September 2021 dan sambutan sangat hangat sampai kena restock susu banyak kali untuk memenuhi permintaan pelanggan. Korang semua bolehlah cuba ke R&R Kayu Ara Pasong nanti untuk cuba Kopi Gantung Viral Perlis ni.
Lokasi: R&R Kayu Ara Pasong, Lot 1, Simpang 3, Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian, Johor.
Kredit Facebook: Kopi Gantung Viral Perlis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cinnabon Buka Outlet Baharu Di The Exchange TRX, Kuala Lumpur

Buat para penggemar Cinnamon Rolls, ada berita baik untuk anda! Cinnabon kini kembali ke Malaysia dengan pembukaan outlet mereka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Cinnabon Malaysia kini dimiliki dan dioperasi oleh pemegang francais baharu, AC Hesed Group.
Menurut Noémi Chaw, Pengarah Strategik AC Hesed Group, mereka cukup teruja untuk berkongsi keenakan roti gulung kayu manis terbaik di dunia bersama rakyat Malaysia. Dibakar setiap hari, ia digulung dengan tangan dan tampil bersama aroma kayu manis yang memikat jiwa.
Cinnabon menggunakan Makara® Cinnamon yang eksklusif untuk Cinnabon. Diimport dari Indonesia, Makara® Cinnamon memberikan keenakan dan rasa yang tiada bandingan. Dengan inti kayu manis yang menggoda, Cinnabon bersedia untuk memikat hati rakyat Malaysia dengan rasanya yang unik dan lazat.
Di outlet terbaru ini, para pengunjung boleh menikmati roti gulung yang baru dibakar termasuklah Cinnabon Cinnamon Rolls yang lengkap dengan frosting keju krim. Roti gulung kayu manis ini boleh didapati dalam dua saiz: Cinnabon asli dan juga Minibon yang lebih kecil. Tiga perisa yang boleh anda cuba: Classic, Caramel Pecanbon dan Chocobon.
Anda juga boleh membawa pulang CinnaPacks yang didatangkan dengan dua Cinnabon Classic atau Minibon dengan kiraan 4 atau 9 dalam setiap kotak. Cinnamon Rolls ini juga enak dinikmati bersama pelbagai jenis minuman seperti kopi espresso panas atau sejuk, Classic Lemonade yang baru diperah atau minuman Chillattas®.
Cinnabon Malaysia turut menawarkan tiga promosi eksklusif bermula 6 sehingga 14 Jun 2024 yang akan memberi ganjaran kepada peminat-peminat Cinnabon untuk menikmati hidangan kegemaran mereka:
- Menangi bekalan Cinnabon untuk setahun!
Seorang pelanggan bertuah bakal memenangi hadiah utama iaitu bekalan Cinnabon untuk setahun. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah bekalan Cinnabon untuk 6-bulan dan 3-bulan. Penyertaan adalah mudah – pelanggan hanya perlu membuat mana-mana pembelian di Cinnabon dari 6 sehingga 14 Jun 2024, imbas kod QR untuk mengisi borang penyertaan, dan memuat-naik gambar resit mereka. Pemenang akan dipilih secara rawak, dan akan diumumkan di laman-laman sosial CInnabon Malaysia. - Kembali untuk lebih banyak Cinnabon
Dengan setiap pembelian sehingga 14 Jun 2024, pelanggan akan menerima sebuah baucar untuk menebus Classic Minibon secara percuma apabila mereka melawat Cinnabon sekali lagi. - Hadiah dengan setiap pembelian
100 pelanggan pertama setiap hari dari 6 sehingga 14 Jun 2024 akan menerima Classic Minibon secara percuma dengan setiap pembelian. Pelanggan-pelanggan seterusnya akan menerima sebuah pek pelekat terhad dan eksklusif yang menampilkan gambaran Cinnabon yang berbeza. Pek pelekat ini telah direka-bentuk dengan seorang artis dari Asia Tenggara, yang menunjukkan dedikasi Cinnabon terhadap seni dan komuniti tempatan, dan dicipta untuk memupuk semangat kekitaan dan komuniti antara Cinnabon dan peminat mereka.
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, jom singgah ke Cinnabon di The Exchange TRX yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Juadah Fusion Unik, Dibawakan Khas Untuk Anda Oleh CU!

Nikmati juadah fusion yang lain daripada yang lain! Hasil kreativiti CU dan chef selebriti Malaysia popular Dato’ Fazley Yaakob, juadah ini merupakan rangkaian sedia untuk dimakan berinspirasikan Tahun Baru Cina yang diberi nama Dato’ Fazley Yaakob Creation Series dan pasti akan membuka selera anda.
Untuk siri ini, Chef Dato’ Fazley menggunakan kepakarannya menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan masakan unik khusus untuk CU.
Juadah ini cukup sempurna untuk menyambut Tahun Baru Cina. Sama ada dinikmati sendiri atau bersama orang tersayang, anda pasti menyukainya!
Dr Blake Dang, Pengarah di MYCU Retail berkata, “Di CU, kami sentiasa berusaha menyediakan produk berkualiti terbaik dan pengalaman unik buat pengguna dan pembeli. Kerjasama dengan Chef Dato’ Fazley ini bermula dengan daya inovasi beliau sebagai seorang chef, sejajar dengan nilai teras kami di CU iaitu untuk menyediakan pengalaman segar dan menyeronokkan buat pelanggan. Kami menimba pengalaman menarik sepanjang berkolaborasi dengan beliau, bermula dari pembentukan idea hingga ke pembuatan rangkaian sedia untuk dimakan ini. Kami tidak sabar untuk pelanggan kami mencubanya!”
Rangkaian Dato’ Fazley Yaakob Creation Series menggabungkan rasa unik dan ramuan kegemaran Malaysia untuk menghasilkan perisa hebat dan membangkitkan selera dalam kelima-lima juadah. Dengan hidangan sebegini enak, unik dan premium serta ditawarkan pula pada harga berpatutan, siapa yang tak akan suka?
Menurut Chef Dato’ Fazley, CU dan Korea merupakan sumber inspirasi utama dalam hidangan ini. “Saya suka melihat betapa muhibahnya masakan Malaysia, dan amat meminati seni kulinari Korea dan Cina. Sepanjang menjadi chef, saya telah mengenal pasti beberapa hidangan yang pasti enak digandingkan dengan selera rakyat Malaysia. Rangkaian ini merupakan hasil kombinasi enak berperisa ini. Saya cukup gembira bekerjasama dengan CU dan berharap juadah yang kami hasilkan boleh dinikmati semua!”
Rangkaian juadah sedia untuk dimakan ini terdiri daripada lima hidangan unik dan penuh perisa:
- Sanwic Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis 59
Daging yang dimasak dalam campuran lemak santan, kunyit dan rempah lain, dihidang dengan telur cili api untuk keenakan maksimum.
- Roti Bandung Strawberi 99
Dibuat dengan tepung Jepun, ban lembut dan gebu berinspirasikan Bandung ini cair dalam mulut anda dengan keenakan dan kewangian rasa Bandung dan jem strawberri.
- Laksa Negeri Sembilan 99
Hidangan istimewa kegemaran Chef Dato Fazley. Mi kenyal dihidangkan bersama ramuan laksa enak dalam kuah yang kaya, berkrim dan berempah.
- Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren 99
Hidangan yang mempunyai kisahnya tersendiri. Oren melambangkan kemakmuran, nasi melambangkan kekayaan, manakala sambal menyatukan kita semua. Hidangan hebat penuh makna dan perisa!
- Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah 99
Dihidangkan dengan popia goreng, hidangan fusion Cina-Melayu ini merupakan kombinasi unik perisa enak bersama-sama ayam rumpai laut.
Kunjungi kedai CU yang berdekatan dan cuba sendiri keenakan hidangan fusion ini hari ini!
Mudahnya Buat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

Sempena ketibaan Ramadan tahun ini, Cadbury Diary Milk ingin mengajak seluruh Rakyat Malaysia menggunakan kertas lapik pembakar eksklusif mereka yang direka khas untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya dari hatiuntuk bulan yang mulia ini.
Cadbury ingin mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan keikhlasan dan kasih sayang kepada rakan taulan dan ahli keluarga dengan membuat Kuih Raya Dari Hati hasil air tangan kita sendiri menggunakan resipi Cadbury yang mudah dan lazat.
Membuat kuih raya sememangnya rumit bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Tambahan pula setiap bahan perlu disukat dengan tepat mengikut resipi, menggunakan gajet dan peralatan yang khusus bagi menghasilkan kuih raya yang sempurna. Sebab itulah, mereka yang jarang ke dapur akan teragak-agak untuk membuat kuih raya mereka sendiri, dan memilih jalan mudah membeli kuih raya yang sudah siap di pasar raya atau kedai dalam talian. Cadbury sememangnya memahami keadaan ini, dan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kertas lapik pembakar bersama-sama dengan resipi kuih raya mereka sempena Ramadan tahun ini.
Mulai 1 Mac hingga 31 Mei, kepingan bar 160g Cadbury Dairy Milk akan dibalut dengan kertas lapik pembakar yang terdiri daripada satu (1) resipi dan templat alat penyukat bahan membuat kuih raya. Kertas lapik pembakar yang dicetak dengan templat itu, turut dilengkapi dengan arahan cara membuat alat penyukat tersebut. Tambahan lagi, alat penyukat itu boleh menyukat dengan tepat bahan yang diperlukan bagi resipi yang disertakan! Dengan adanya resipi, arahan serta visual yang mudah difahami, proses membuat kuih raya akan jadi lebih mudah.
Terdapat lapan resipi yang disediakan untuk kempen raya tahun ini, di mana enam daripadanya boleh didapati di laman sesawang mikro kempen ini dan pada kertas lapik pembakar yang didatangkan dengan kepingan bar Cadbury Dairy Milk, manakala 2 resipi lagi hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian.
Resipi kuih raya yang disediakan ialah:
- Biskut Keju Cadbury
- Kek Batik Cadbury
- Kek Keju Hangus Mini Basque Coklat Cadbury
- Tat Coklat Cadbury
- Kek Keju Coklat Cair Cadbury
- Puding Coklat Cadbury*
- Biskut Fudge Coklat Cadbury*
*Dalam talian sahaja
Walaupun menggunakan perkakas dan alatan yang betul, kebanyakan kita mungkin akan berasa gentar semasa membuat kuih untuk kali pertama. April ini, Cadbury Dairy Milk akan berkolaborasi dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk membimbing para hadirin dalam sesi strim langsung eksklusif Kuih Raya Dari Hati Cadbury. Bersama-sama dengan hos Azura Zainal, Chef Anis akan memberikan tip-tip serta petua bagi memudahkan lagi proses membuat kuih raya yang enak ini! Sesi strim langsung ini adalah percuma, dan untuk mendaftar sebagai hadirin hanya memerlukan tiga langkah mudah:
- Imbas kod QR pada kertas lapik pembakar untuk memasuki laman sesawang mikro Raya 2022 Cadbury. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui pautan: www.resipiraya.cadburyoreo.com.my
- Isikan butiran dengan tepat pada borang pendaftaran strim langsung.
- Hadir pada sesi strim langsung eksklusif bersama-sama Chef Anis Nabilah serta hos Azura Zainal, dan bersedia untuk membuat kuih raya enak dengan Cadbury!
Cadbury turut menawarkan peluang untuk merebut hadiah lumayan bernilai hingga RM20,000 dengan hanya mendaftar. Hadiah yang disediakan termasuklah sebuah peti sejuk berjenama premium, sebuah ketuhar elektrik, dan banyak lagi. Mereka yang mendaftar awal turut berpeluang untuk memenangi kit istimewa yang mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Raya Dari Hati ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk Cadbury Dairy Milk yang boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya hiper seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.
Resipi Ikan Merah Masak Cuka Versi Simple. Kuah Masam, Rasa Sedap
Padan Ler Viral Sos Lada Hitam Homemade Ni, Cikgu Afy Kongsi Rahsia