Mi MAGGI® 2 Minit telah 50 tahun bersama rakyat Malaysia. Tentunya banyak memori manis yang dicipta bersama dan kadang kala, bila makan akan teringat kat seseorang. Buat kita tersenyum sendirian.
Bila sebut Mi MAGGI® pasti ada cerita di sebaliknya. Masing-masing terimbau kenangan lalu bersama MAGGI®. Mungkin anda yang pernah tinggal di hostel atau asrama, makan Mi MAGGI®bersama kawan satu dorm adalah menu paling ‘win’ ketika itu. Nak sedap lagi letaklah telur rebus di atasnya. Memang menu paling lazatlah ketika itu.
Sememang menu yang ringkas dari MAGGI® ni mengimbau banyak kisah bersamanya.Lapar di tengah malam pun teringat Mi MAGGI®. Inilah menu penyelamat yang tersedap di abad ini. Untuk lebih sedap Mi MAGGI® boleh diolah dengan pelbagai cara. Kalau nak nikmati mi yang enak dengan rasa yang berbeza boleh cuba resipi ini.
Mi MAGGI® Goreng Sambal Hijau
Waktu memasak: 15 minit
Ads
Saiz hidangan: 4 hidangan
Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak jagung
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
50g cili hijau
50g serai
250g dada ayam
150g kailan
4 paket Mi MAGGI® Ayam 2-Minit
Ads
30g cili padi
1 tangkai daun bawang
1 biji cili merah
Cara memasak:
1.Rebuskan Mi MAGGI selama 1 minit dan tapiskan di bawah air sejuk. Ketepikan.
Ads
2.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan serai. Tumis sehingga wangi.
3.Masukkan ayam, tumis sehingga bertukar warna. Gaulkan perencah Mi MAGGI® Ayam 2-Minit, Mi MAGGI® Ayam 2-Minit dan sayur kailan.
4.Gaulkan sehingga rata. Hidangkan bersama daun bawang dan cili merah.
Cara Buat Cucur Sayur Rangup Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Minum petang jadi lebih best bila ada Cucur Sayur Rangup ni. Memang sedap. Bahan-bahan sangat ringkas dan senang disediakan. Garing dan ‘crunchy’ di luar tapi dimakan, sangat lembut teksturnya. Mudah kan? Memang berbaloi cuba resipi ni. Pasti puas hati.
CUCUR SAYUR RANGUP
BAHAN-BAHAN
300gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm udang geragau | basuh dan toskan
100gm taugeh | bersihkan
3 tangkai kucai | potong kecil
1/2 batang lobak merah | parut halus
1 biji cili merah | cincang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1 biji telur
2 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK
Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit lagi tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit lagi air.
Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Sudukan 1 sudu besar bancuhan cucur. Goreng hingga kuning keperang-perangan. Toskan.
Hidangkan Cucur Sayur Rangup bersama sos pilihan anda.
Tiga Resipi Ikan Goreng Ala Restoran Yang Mudah & Cepat Masak
Bila sebut ikan goreng, pasti terbayang ikan goreng kunyit je. Sebenarnya dengan ikan goreng ni, macam-macam hidangan enak boleh dihasilkan. Makan dengan nasi panas je pun dah buka selera. Rasanya cukup sedap. Persis air tangan mak-mak. Jadi sesuai sangatlah masak untuk ahli keluarga.
IKAN GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap | bersihkan dan kelar-kelar
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
10 biji cili kering | hiris halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang
1 tangkai daun bawang | hiris memanjang
1 biji bawang Holland | mayang halus
2 sudu makan serbuk kari
3 sudu makan air
4 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa, gaul sebati.
Tabur tepung jagung secukupnya. Goreng ikan di dalam minyak yang banyak hingga garing Angkat dan
Di dalam kuali lainpanaskan sesudu makan minyak, tumis bawang dan cili kering hingga wangi. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan lobak merah, daun bawang serta 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Tumis beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Tuang campuran lobak merah tadi ke atas ikan goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Cili kering hendaklah digunting nipis dan buang bijinya supaya tidak memberikan rasa yang terlalu pedas.
IKAN GORENG RAMPAI
BAHAN-BAHAN A
2 ekor ikan selar/kembung | dibersihkan
1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
2 biji cili merah | hiris nipis
1 biji cili hijau | hiris nipis
5 biji cili padi | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 tangkai daun kari
2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
Lumur serbuk kunyit dan tabur setengah sudu teh MAGGI® Cukup Rasa ke atas ikan.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan hiris bersama daun kari, jintan manis dan jintan putih hingga wangi.
Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasadan gaul sebati.
Tuang bahan-bahan goreng tadi ke atas ikan goreng. Perahkan sedikit lemon jika suka dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR:
Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup, pastikan ikan dikelar-kelar dan air basuhan disejatkan sepenuhnya.
Jika ikan mengandungi air berlebihan, ini melambatkan proses menggoreng dan tekstur ikan akan menjadi lembap dan tidak garing.
IKAN GORENG TAUCU KICAP
BAHAN-BAHAN
3 potong ikan kerapu/senangin
1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
1/2 cawan taucu | toskan airnya
4 sudu makan kicap manis
1 biji timun | buang empulur & potong memanjang
6 biji cili padi | ketuk
1 biji cili merah | potong serong
1 biji bawang besar | potong bulat
2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
Lumur ikan dengan satu sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi.
Masukkan ikan goreng, taucu, kicap pekat manis, timun, cili padi dan cili merah. Biarkan masak masak beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tambah sedikit air jika perlu
Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Gaul sebati dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sebaiknya taucu hendaklah dicuci dan buang airnya. Ia bertujuan untuk mengelakkan rasa masin berlebihan pada masakan. Tak perlu tambah garam lagi kerana taucu dan kicap sudah sedia masin.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.