Paf sardin menu sarapan atau minum petang. Pasti seisi keluarga menggemarinya. Bagi membezakan kesedapan sesuatu paf itu apabila pastrinya tidak keras dan sempurna untuk dinikmati. Boleh follow langkah berikut .

Pastri Paf

Bahan-bahan:

500gm tepung gandum
5gm garam
50gm marjerin pastri
250ml air
400gm marjerin pastri (untuk lipatan)

Cara membuat:

1.Masukkan tepung gandum, garam & marjerin (50gm) di dalam mangkuk adunan diikuti air sedikit demi sedikit. Putar adunan sehingga menjadi doh

2.Uli adunan dan tutup dengan plastik. Biarkan 20 minit

3.Tabur sedikit tepung di atas papan canai & canai doh menjadi segi empat panjang setebal kira2 1cm

4.Potong nipis marjerin pastri (400gm) dan atur di atas separuh bahagian doh yang dicanai tadi. Lipat doh menutup marjerin pastri dan tekan sekelilingnya

5.Canai semula doh untuk meratakan marjerin pastri di dalamnya menjadi setebal 1 inci

6.Lipat tiga doh & masukkan di dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan ulang langkah sama (canai & lipat tiga) dua kali lagi

7.Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk tiga hingga empat jam sebelum digunakan

8.Untuk membuat paf sardin, canai pastri setebal 0.5cm, tekap dengan acuan bulat & letakkan di dalam mangkuk aluminium foil

9.Isikan pastri dengan inti sardin kentang yang telah disediakan terlebih dahulu

IKLAN

10.Tuangkan bancuhan telur 3/4 diatas pastri

11. Bakar pada suhu 180’C selama 30 minit atau sehingga masak (panaskan oven terlebih dahulu)

Inti Sardin

Bahan-bahan:

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun kari
1 sudu teh halba campur

2 sudu makan rempah kari ikan (jadikan pes)

1 tin sardin (ambik isi sahaja)

2 biji kentang (dipotong dadu)

Daun sup (dihiris nipis)

Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:-

1.Panaskan minyak di dalam kuali

2.Saute bawang besar, daun kari, halba campur hingga naik bau

3.Masukkan pes kari & kacau hingga terbit minyak

4.Masukkan sardin, hancur2 kan & kacau rata

5.Masukkan ubi kentang , kacau rata & masukkan air setakat tenggelam kentang sahaja

6.Masak inti sehingga separuh kering.

7.Masukkan garam secukup rasa & daun sup.

8.Tutup api & biarkan inti sejuk

Resipi Telur

Bahan-bahan:

2 biji telur
200gm cooking cream
Sedikit garam

Cara membuat:-

1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan cooking cream & gaul rata
3.Masukkan secubit garam

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Piza Homemade Guna Roti Sandwic, Sedap Sungguh