
Anda penggemar pai, ini menu pai yang sedap sangat gabungan buah-buahan dan bijirin oat yang sangat sedap dan sihat, sesuai untuk anda yang ada diabetes atau sedang berdiet. Cara membuatnya pun mudah. Jangan tunggu lagi jom cuba.
PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Isian:
- 1 biji epal hijau | dadu
- 6 biji strawberi | dadu
- 100gm buah blueberi segar – dadu
- 2 sudu makan gula
Bahan Toping:
- 150gm kepingan oat
- 100gm mentega
- 50gm tepung gandum
- 135gm gula perang
- Sedikit serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
- Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.
- Campurkan bersama gula dan digaul rata.
- Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.
- Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi
- Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.
Dapatkan bijirin dan kekacang organik di Love Earth
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Masak Palembang. Sangat Sedap & Mudah Masak

Isi Kandungan
ToggleAyam Masak Palembang perkongsian saudari Rosni Musa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau, resipi ini adalah dari mertuanya dan sangat popular di Meru, Klang. Biasanya menu ini akan dihidang semasa hari raya atau di waktu kenduri kendara. Sangat enak dinikmati bersama Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, nasi putih, roti mahupun lontong. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan daging. Wow… Terasa nak cuba? Jom semak bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
RESIPI AYAM MASAK PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong kecil
BAHAN TUMIS:
- 2 biji bawang besar – racik halus
- 2 ulas bawang putih – racik halus
- 1 inci halia – racik halus
- 2 batang serai – dititik
- Rempah 3 sekawan
- 3 sudu makan rempah kari daging – beli online disini
- 3 sudu makan cili giling (ikut kepedasan) – beli online disini
- 1 cawan santan pekat – beli online disini
- 1 cawan air
- Sedikit asam keping – beli online disini
- 6 sudu makan kicap manis – beli online disini
- Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam yang sudah dipotong kecil bersama garam dan serbuk kunyit lalu digoreng seketika. Ketepikan.
2.Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ayam, tumis seketika rempah 3 sekawan.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang diracik seperti bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis lagi hingga naik bau.
4.Masukkan rempah kari bersama cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5.Bila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, sedikit air dan asam keping.
6.Renihkan seketika.
7.Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
8.Masa ni boleh tambah sedikit lagi air. Gaul sebati sehingga agak pekat.
9.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Kacau biar rata.
10.Bila kuah agak-agak pekat, masukkan daun kari serta kicap pekat. Kicap agak-agak sahaja jumlahnya jangan terlampau banyak. Takut nanti jadi masak kicap.
11.Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, masak sekejap sahaja.
12.Ayam Masak Palembang siap dimasak dan boleh dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Pizza Cup Tanpa Guna Oven. Serius, Masak Dalam 7 Minit Je.

Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.
Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA CUP MASAK GUNA AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
- Roti – potong kiub (beli online DISINI)
- Jejari ketam – boleh ganti dengan sosej (beli online DISINI)
- Bunga kubis secukupnya – boleh juga gantikan dengan sayur lain
- Bawang merah secukupnya – hiris (beli online DISINI)
- 2 biji telur
- Mayones secukupnya (beli online DISINI)
- Serbuk lada hitam secukupnya (beli online DISINI)
- Garam secukup rasa (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan dan potong kiub. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Gaul sebati.
3. Gaul hingga semua bahan bersalut seperti ini.
4. Sudukan campuran roti ke dalam cawan kertas. Boleh juga guna acuan yang bersesuaian. Tabur keju jika suka.
5. Susun dalam air fryer dan bakar pada suhu 160C selama 7 minit. (dapatkan AIR FRYER murah secara online DISINI)
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Misyati
Dapatkan pelbagai barangan TEFAL original pada harga berpatutan sempena jualan 12.12 DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.
Kak Ros Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Sedap. Campur Bahan Ni Memang Padu.
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap. Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera
Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Pasti Tak Cukup Satu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sagu Gula Merah, Sedap Makan Panas-Panas atau Sejuk

Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal. Sedap, senang pulak tu nak buat.
SAGU GULA MERAH
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Amy Anuar dari Telegram KakiMakan