Ketika menyediakan pai ini, doh dibahagian atas perlu dilubangkan sedikit bagi memastikan pai masak dengan sempurna.

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 100gm cendawan butang perang | dihiris
  • 100gm cendawan Portobello | dihiris
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 100ml krim masakan
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kulit Pai:

IKLAN
  • 150gm tepung gandum
  • 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
  • 125ml air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1.  Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.
  2.  Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.
  3.  Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.
  4.  Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  5.  Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.
  6.  Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI