Rasa lemak manis labu yang digabungkan dengan kerak pai yang rangup menghasilkan rasa yang sangat mempersonakan.
BAHAN-BAHAN A:
- 280gm tepung gandum
- 115gm shortening
- 115gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
- Sedikit kuning telur | sapuan
BAHAN-BAHAN INTI:
- 1/2 biji labu kuning | buang kulit dan potong dadu
- 100gm kismis hitam/kuning | cincang kasar
- 5 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan mentega
- Serbuk kulit kayu manis secukupnya
- Tepung gandum secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati dan menjadi doh.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Sementara itu, buat inti pai dengan satukan kesemua bahan di dalam kuali dan didihkan hingga masak. Sejukkan seketika.
- Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canaikan doh hingga menjadi dua kepingan yang nipis dan letak doh di dalam acuan pai/tart.
- Tuang inti labu dan kismis ke dalam acuan doh dan tutup dengan sekeping doh lagi. Kemaskan keliling acuan.
- Sapu bahagian atas doh dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga keperang-perangan.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.