Pais Ikan Bersantan. Rasanya Sangat Klasik Dengan Aroma Daun Pisang.

Share

Setiap hari kalau asyik masak berkuah sahaja, lama-lama bosan juga kan? Sesekali mari kita rajinkan diri memasak masakan tradisional yang selalunya orang-orang tua suka masak. Nampak macam remeh, tetapi percayalah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
500ml santan pekat
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 batang serai
1 batang bunga kantan } hiris halus
2-3 helai daun limau purut } mayang halus
3cm kunyit hidup
Garam dan lada sulah
secukup rasa
Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat. Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.
3. Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.
4. Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.
5. Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.
6. Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).
7. Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.

Nak lebih resipi pais? Kami cadangkan:

Published by
Ida Abd Aziz