Setelah 12 episod bersiaran. Dapur Rasa Campak-Campak Jadi sudah ke penghujungnya! Hari ni dah episod terakhir resipi yang sangat special dari Chef Imelda Harris. Terima kasih menyokong Majalah Rasa! Amacam? Best kan resipi dari Chef Imelda ni..
Resipi kali ini, membuatkan kita kecur air liur dengan masakan Pais Ikan Kembung Daun Kesum ni. Memang padu rasa. Tidak lengkap tanpa pemanis mulut yang lemak manis Bubur Pulut Hitam Halia. Waw.. ini bukan biasa-biasa punya bubur hitam tu tau.Ada hirisan halia yang pasti berbeza rasanya.
Boleh cuba resipi yang sangat Mudah,Cepat & Sedap ini. Pastikan anda cuba resipi ini & ikut step by step Chef Imelda Haris kongsikan ini okay!
Pais Ikan Kembung Daun Kesum
Bahan-bahannya:
Ads
4 ekor Ikan kembong sederhana besar dibersihkan perut dan siripnya
3 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 biji bawang Bombay -ditumbuk lumat
5 biji cili padi – ditumbuk lumat
1 biji cili merah – ditumbuk lumat
3 tangkai daun kesum –dilurut
2 sudu asam jawa
Sedikit garam untuk perapan ikan
Daun pisang
Pencungkil gigi
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak:
1.Ikan kembung yang sudah dibersihkan diperap dengan garam rata-rata.
2.Campurkan bahan tumbuk bersama asam jawa, garam, gula dan
daun kesum sehingga sebati.
Lumurkan pada ikan kembung dan bungkuskan di dalam daun pisang.
Pastikan kemas dan kepil dengan pengcungkil gigi agar bungkusan tidak terbuka.
3.Panaskan kuali atau pan dan apabila kuali panas, susunkan pais ikan kita tadi dan bakar sampai masak.
Ads
Bubur Pulut Hitam HaliaBahan-bahan:
1 cawan beras pulut hitam – cuci dan toskan
1 inci halia –dihiris nipis
1.5 liter air
600 ml santan
sekeping gula Melaka – diparut
3 helai daun pandan – disimpul
sedikit garam
Ads
Cara memasak:
1.Pulut hitam direbus dengan air sehingga pulut masak lembut.
2.Selepas itu masukkan santan, gula Melaka, garam, daun pandan dan halia.
Biarkan mereneh dengan api yang kecil sehingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil nyicah sambil membawang.Resipi colek paling ringkas tapi sodap..Guna 6 bahan je.Ringkas tapi kalau kena adik beradik hantu colek sampai putih berseri pinggannya hingga ke titisan terakhir.
Bahan-bahan:
Kicap-BELI ONLINE DI SINI
Belacan-BELI ONLINE DI SINI
Asam jawa
Nissan/gula melaka
limau nipis
Cili padi berapi
Gula- kalau terpedas
*sukatan ikut suka tekak
Cara membuat:
1.Tumbuk semua bahan dalam lesung.
2. Bila lumat tambah kicap & perah asam limau. gelek-gelek lesung / kacau dengan sudu sampai sebati.
Lain daerah lain citarasa, itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan Lampam cukup ‘gu’ dengan tempoyak mahupun asam rom sinonim yang hanya ada di Pahang. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan, Bandar Diraja Pahang, masakan daging lebih popular contohnya Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dari yang lain. Berikut disertakan 5 masakan tradisional yang boleh diperolehi di negeri Pahang.
OPOR DAGING PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah opor
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam Jawa
4 cawan santan
3 batang serai | titik
100g kerisik
6 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2m belacan
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.
Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.
Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Opor Daging ini popular di daerah Pekan dan menjadi juadah di musim perayaan dan di majlis perkahwinan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
5 sudu makan tempoyak
Daun & aluminium foil secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah3
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
BAHAN HIRISAN:
2 helai daun kunyit
6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 papan petai | buang kulit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.
Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.
Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib.
INFO CHEF: Pais tempoyak adalah menu popular di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub
DAGING PECHOK PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
Sedikit garam
Sedikit halia kisar
Sedikit bawang merah kisar
Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
1 cawan santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | dadu kecil
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.
Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.
Pechok Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap pastikan kerisik yang digunakan adalah kerisik segar yang dibuat sendiri.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam galus
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai | hiris halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata dan tutup api.
Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan ditaburkan dengan tepung gandum bertujuan untuk menjadikan ikan tidak melekat dan mudah garing bila digoreng.
ASAM KELADI KEMAHANG DAUN KESUM
BAHAN-BAHAN:
3-4 pokok Keladi Kemahang muda
3 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika bimbang rasa gatal, boleh celur seketika batang keladi dan buang airnya sebelum dimasak. Atau tambahkan satu sudu teh minyak masak ke dalam gulai.
GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
300gm kulat sisir | celur dan toskan
150gm daging tetel | celur dan hiris kecil
300ml santan
3 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan serai yang telah dititik tadi.
Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.
Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.
Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan 1-2 sudu kerisik sebagai penambah perisa
AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 kuntum bunga kantan | jika suka
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Gulai Asam Tempoyak ini sedap kalau lebih pedas.