
Pajeri nanas selalu kita makan di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG

Bahan Kisar
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
Bahan Rempah
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
Bahan Asas
• Terung
• Nanas
Cara membuat
1. Tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Buat Sup Cendawan Semudah ABC

Sedap sangat sarapan dengan roti bawang putih bersama sup cendawan. Kalau nak puas makan, eloklah cuba buat sendiri. RASA kongsikan resipi sup cendawan yang mudah nak dibuat.
SUP CENDAWAN

BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 ulas bwg putih (dicencang halus)
8 biji cendawan butang (dicencang kecil)
1 kiub stock ayam
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sikit air)
300 ml susu cair atau susu segar
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun parsli atau oregano (tak ada pun tak apa)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, cendawan butang dan stock ayam.
2. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau. Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Sebelum tutup api, masukkan daun parsli atau oregano. Siap.
Resipi Oleh AliyaFarhana Chomeyy
4 Langkah Simpan Petai Supaya Tahan Lama, Cubalah Sambal Udang Petai Sedap Meletop.

Min yakin ada ramai peminat setia petai di sini. Ada orang suka makan mentah-mentah ada juga suka dimasukkan dalam lauk pauk terutamanya sambal.

.
Bagi warga kota kalau beli petai mesti suka beli banyak kan. Buat stok, jadi bila terasa nak masak sambal dah ada bekalan petainya. Tapi kalau cara simpan tak betul, petai ni boleh cepat buruk.
Ni dia tip yang diamalkan Diyana Safiah seperti yang dikongsikan di dalam FB resipi sedap. Barulah segar dan elok jadinya stok petai korang. Tipnya mudah aje.
LANGKAH SIMPAN PETAI BIAR TAHAN LAMA :
1. Kupas petai sebiji sebiji
2. Buang selaput petai sampai bersih. Selaput petai kalau tak buang akan menyebabkan petai tu nanti berkulat dan tak tahan lama kalau di frozen kan. (JANGAN BASUH DENGAN AIR TAU)

.

.
3.Terus simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku (frozen)

.
4.Siap.
TIP : *Kalau nak guna petai tu, ambik bawak keluar berapa banyak nak guna dan lepas tu masukkan dalam mangkuk dan rendam dengan air sekejap.
*Cuci bersih dan boleh terus makan atau buat masak sambal petai.

.
Kredit : Diana Safiyah
Jom cuba pulak sambal udang petai pasti terangkat nih :
SAMBAL UDANG PETAI

.
BAHAN-BAHANNYA :
- 150 gm udang segar
- 50 gm petai – dibelah dua
- 5 sudu makan cili kering – dikisar
- 3 sudu makan cili boh
- 1 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 3 ulas bawang putih – dimayang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak
CARA MEMASAKNYA:
1. Goreng udang setengah masak dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian cili kering yang dikisar bersama cili boh, sos tiram dan kicap cair. Biarkan sehingga naik minyak dan masak.
3. Masukkan petai dan udang beserta jus limau nipis dan 1/2 cawan air. Kacau seketika dan biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan bolehlah diangkat.
SUMBER, FB : Resepi Sedap
8 Resipi Sup Ringkas Yang Sesuai Untuk Hidangan Makan Tengahari.

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga.
1. SUP UDANG DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
- 5 keping isi dan tulang kambing
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
- Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
- Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
- Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG

BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ekor lembu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji bawang bombay | dimayang
- 2 kiub stok daging
- 2 liter air
- 3 biji tomato ranum | dibelah empat
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP PETOLA BEBOLA IKAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang petola | dibuang kulit dan dipotong kecil
- 1 paket bebola ikan
- 1 kiub stok ikan
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1000ml air
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus bawang putih bersama kiub stok ikan dan air sehingga mereneh.
- Kemudian masukkan bebola ikan dan petola. Biarkan sehingga petola menjadi lembut.
- Kemudian masukkan hirisan cili merah. Didihkan seketika.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah sebelum dihidang.
6. SUP RASSAM

BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu teh jintan manis
- 3 ulas bawang merah | dimayang
- 6 tangkai cili kering
- 2 biji tomato masak ranum
- 1 tangkai daun kari
- 4 sudu makan pes asam jawa | dicampurkan dengan 750ml air
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit hirisan leek | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan jintan manis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, tomato dan daun kari. Kacau sehinga naik bau.
- Tambahkan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Renihkan sehingga rassam masak dan kelihatan sebati.
7. SUP MASAM MANIS ALA CINA

BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka
- 750ml air rebusan ayam
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah | didadu kecil
- 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
- Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
- Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
8. SUP AYAM ALA MAMAK

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci halia | dikisar
- 1 paket rempah 4 sekawan
- 4 sudu makan rempah sup
- 1.5 liter air
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
- Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
- Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
Selamat mencuba!

