Pajeri Terung VS Pajeri Nenas, Kedua-Duanya Pun Ada Kelebihan Rasa.

Share

Lauk pajeri memang kesukaan sepanjang zaman. Makan dengan nasi panas memang tak perasanlah dah makan berapa pinggan.

Kerisik dan rempah ratus adalah faktor penyebab hidangan ini cukup wow. Selain dari aromanya yang wangi semerbak, anda boleh memasaknya jadi pedas atau tidak. Ada yang gemar masukkan cili kering dan ada juga yang tidak , ikut selera masing-masing.

Meh cuba masak.

PAJERI TERUNG


.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji terung panjang
  • 5 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 7 cili kering – dikisar
  • rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu besar udang kering – ditumbuk
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • Santan secukupnya
  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula serta sedikit gula Melaka secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah-tengahnya tapi jangan sampai putus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.


5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kredit ,FB : Resepi Masakan Melayu VS Western Food

PAJERI NENAS


.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji nenas
  • 1 biji kelapa (santan cair & santan cair)
  • 1 tangkai kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 sudu minyak masak
  • ½ sudu besar gula putih
  • ½ sudu besar gula merah
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • ½ peket rempah kari (daging/ayam)
  • sedikit garam
  • sedikit kerisik

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari.

2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi.
3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas.
4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.

Published by
Faridah Talib