Sekali sekala kita buat pancake mudah untuk sarapan pagi. Hanya kacau sebati semua bahan dan masak atas pan. Boleh makan dengan sos dan buah-buahan pilihan anda.
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu segar/ susu full cream/ susu cair
- 1 1/2 sudu gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak jagung/ mentega yang dicairkan/ minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dalam bekas. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. Biarkan dalam 10-15 minit untuk bagi adunan naik gebu sikit.
2. Cedokkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tak payah guna minyak pun. Bila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil dekat atas macam dalam gambar balikkan penkek. Tunggu seketika, barulah angkat sebab sudah masak.
INFO:
- 1 adunan boleh buat dalam 8 keping pancake.
- Masa memasak untuk setiap pancake dalam 2 minit.
- boleh makan dengan madu, sos coklat, mentega, aiskrim, buah-buahan dam sebagainya.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: sitinorzainabtaib
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Roti Expired! Buat Mini Sandwich Frozen Rangup Diluar Lembut Didalam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Ala Roti Boy, Bau Kopi Membangkit Selera
Kalau berjalan di kompleks beli-belah yang ada cawangan Roti Boy, pasti deria bau akan terpesona dengan bau roti beraroma kopi ini. Tiada rasa mahu makan roti pun, selalunya akan terbeli disebabkan baunya yang sedap itu.
Kali ini RASA kongsikan resipi daripada pemilik facebook Hidayati Hana yang memberikan resipi roti ala Roti Boy.
Jom kita lihat resipinya.
ROTI ALA ROTI BOY
BAHAN ROTI
260 gram tepung high protein/tepung roti
40 gula aising
1 sudu besar yis
110 ml susu segar
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil garam
30 gram marjerin
BAHAN INTI
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar marjerin
BAHAN TOPING
40 gram gula perang
50 gram marjerin
1 biji telur ayam
60 gram tepung gandum
10 gram tepung jagung
1 sudu besar kopi/nescafe (campur dengan 3 sudu besar air)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk atau mixer, satukan semua BAHAN ROTI kecuali marjerin.
2. Uli sehingga menjadi doh yang kasar.
3. Kali ini, baru masukkan marjerin.
4. Uli lagi sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
5. Perapkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
6. Kita buat BAHAN INTI pula.
7. Campurkan gula perang dan marjerin untuk inti. Ketepikan dahulu.
8. Apabila doh roti sudah kembang, tumbuk-tumbuk untuk buangkan angin dan uli sekali lagi.
9. Timbangkan doh setiap satu seberat 50 gram. Canai leper dan masukkan inti.
10. Tutup semula dan masukkan doh ke dalam paper cup
11. Biarkan doh kembang semula lebih kurang 30-40 minit.
12. Kini ke BAHAN TOPING pula.
13. Uuntuk toping, campurkan gula perang, marjerin dan telur ayam dalam satu bekas. Pukul sehingga sebati.
14. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
15. Masukkan kopi/nescafe yang telah dicampurkan dengan air.
16. Kacau sehingga sebati.
17. Masukkan BAHAN TOPING ke dalam piping bag.
18. Pipekan toping tadi ke atas roti yang telah kembang
19. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selsius.
20. Bakar selama 20 minit atau sehingga bahagian atas roti keperangan.
Selamat mencuba!
Kredit: Hidayati Hana
Resipi Biskut Kelapa Mudah & Sedap Untuk Raya Aidiladha
Biskut Kelapa ni memang sedap. Ia adalah salah satu jenis biskut raya lama yang jadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Resipinya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya cukup sedap. Rangup, penuh rasa lemak kelapa bila dimakan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Jamil ni. Sesuai dijadikan kudapan di Hari Raya Aidiladha nanti.
CARA MEMBUAT BISKUT KELAPA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin @ mentega – beli online disini
1 cawan gula aising – beli online disini
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh pewarna kuning – beli online disini
2 cawan kelapa kering – beli online disini
1 cawan tepung gandum – beli online disini
3 cawan tepung jagung – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Kelapa kering
Ceri merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan marjerin@mentega bersama gula aising. Adun hingga kembang.
2. Tambahkan kuning telur bersama pewarna kuning. Adun lagi hingga sebati.
3. Dalam bekas berasingan, satukan kelapa kering, tepung gandum dan juga tepung jagung. Sebatikan.
4. Masukkan campuran kelapa kering tadi ke dalam adunan yang dipukul. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diadun.
5. Uli doh hingga sebati. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan berbentuk bunga. Susun atas dulang pembakar.
6. Sapu kuning telur pada biskut, tabur sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan potongan ceri merah.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar biskut selama 25 minit atau hingga biskut masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ziela Jamil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-aneka-resipi-nasi-bersama-lauk-pauk-sedap-sempena-aidiladha/
Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
Resipi Rice Pancake Sedap Guna Lebihan Nasi. Hanya Guna 6 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resepi Bika Ambon Khas Medan. Sedap & Elok Bersarang
Bika Ambon adalah salah satu makanan istimewa terkenal dari Medan, Indonesia. Terksturnya lembut dan bersarang. Sekali imbas, ada mirip Kek Gula Hangus cuma berbeza dari segi warna dan rasanya. Anda peminat Kuih Bika Ambon? Jom cuba resipi perkongsian saudari Farisha Sofea ini. Tak perlu terbang jauh ke negara seberang lagi. Siapa tahu, boleh dijadikan jualan bagi menambah pendapatan.
CARA MEMBUAT BIKA AMBON MEDAN
BAHAN ADUNAN SANTAN:
- 300ml santan pekat
- 2 batang serai – dititik
- 15 helai daun limau – disiat
- 4 helai daun pandan – disimpul
- 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
- Sedikit garam
BAHAN ADUNAN YIS:
- 50gm tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu teh yis – beli online disini
- 1 sudu makan gula halus – beli online disini
- 150ml air suam
ADUNAN BIKA:
- 6 biji telur
- 275gm gula halus
- 225gm tepung sagu / tepung ubi – diayak – beli online disini
- 50gm tepung pulut – diayak – beli online disini
- 1 sudu makan marjerin – cairkan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan ke semua adunan santan di dalam periuk .
2.Masak menggunakan api kecil sehingga santan mendidih dan pekat, tapis dan ambil 200gm adunan santan. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan adunan yis, aduk rata. Biarkan sehingga yis berbuih dan mengembang. Ketepikan.
4. Pukul telur dan gula di dalam periuk yang sederhana besar sehingga kembang dan gula larut.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balik.
6.Masukkan pula adunan yis dan santan. Kaup balik perlahan lahan sehingga semua adunan sebati.
8.Perap adunan 2 – 3 jam sehingga adunan mengembang .
9.Kacau adunan, masukkan marjerin.
10.Lengser loyang dengan minyak dan panaskan loyang di atas dapur hingga minyak panas.
11.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar menggunakan rak bawah (api bawah sahaja ) dengan suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga permukaan kuih sedikit kering dengan pintu oven sedikit terbuka.
12.Apabila hampir masak, bakar menggunakan api atas seketika agar permukaannya sedikit perang. Waktu ni pintu oven dah boleh tutup ya .
13. Sejukkan Bika Ambon terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farisha Sofea
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official