Makan

Pankek Pandan Gebu, Lapis Dengan Sos Kastard Sedapnya Tak Terkata

Share

Pankek biasa mungkin sudah jemu kita makan, apa kata ubah selera dengan membuat pankek pandan bersama sos kastard ini.

Teksturnya pankek yang lembut gebu dengan rasa pandan dilapis sos kastard pekat memang sedap bila dimakan. Sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun makan petang.

Resipi pankek pandan gebu dengan sos kastard

Bahan adunan

3 biji telur
20g gula putih
200ml santan
30g krim pekat (heavy cream)
10g susu pekat manis
300g tepung gandum
3g yis segera
120ml jus pandan

Bahan kastard

3 kuning telur
30g gula putih
300ml santan
120ml jus pandan
60g tepung gandum

Cara membuat kastard
  • Campurkan semua bahan kastard dalam mangkuk tahan panas.
  • Masak menggunakan kaedah double boiler (mangkuk di atas periuk air mendidih) sambil kacau hingga pekat (10-15 minit).
Cara membuat pankek

1. Pukul telur dan gula hingga berbuih.

2. Masukkan santan, krim pekat, susu pekat manis, dan jus pandan. Kacau hingga sebati.

3. Tambah tepung dan yis, kacau sehingga adunan menjadi licin.

4. Perap adunan rehat selama 15 minit.

5. Sapu minyak pada kuali dan panaskan pada api perlahan.

6. Tuangkan adunan lempeng dan masak hingga berbuih. Buat pancake dalam saiz kecil.

7. Tambah kastard dan sebarang sos atau inti pilihan dan kapit dengan satu lagi pancake. Biarkan sejuk dan sedia dinikmati.

Sedia untuk dinikmati!

Kredit resipi dan foto: 2day’s Delights

 

Published by
Rose