
Rupa macam popia tapi cara buatnya ada kelainan sikit. Kulitnya ada lapisan bawah, inti dan ditutup dengan selapis lagi kulit popia.
Dapat makan dengan sos pencicah Thai memang sedap betul laa. Bau harum daun ketumbar yang ditabur atas sos memang akan buat korang kecur air liur.
Jom tengok resipi dari Tengku Roselyza Raja Muhammad ni. Menu ala-ala kpop tapi citarasa Melayu yang dikongsinya di Cookpad Malaysia Community ni.
PANCAKE POPIA K-POP
BAHAN-BAHAN :
- Kulit popia secukupnya
- 10 ekor udang | dipotong kecil-kecil
- 1sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- 3 ulas bawang putih | dihiris halus@cincang
- Daun kucai | dipotong pendek
- Cili merah besar | dicincang halus
- 4 sudu besar @ 2 senduk kecil tepung jagung
- Sedikit air
- Sebiji telur
- Sedikit tepung gandum yangg dibancuh dengan air | untuk gam
CARA MEMASAKNYA :
- Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia dan tepung gandum.
2. Kulit popia dilipat dua dan gunting .
3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam. Dan tampal selapis lagi popia.
5. Lepas tu bolehlah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan! 😋😋
Cicah dengan sos cili Thai sedap melampau weiii…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Pedas Lada Hitam Ikan Terubuk Seimbang Masam Dan Pedasnya Baru Sedap

Isi Kandungan
ToggleAsam pedas lada hitam ikan terubuk ini memang sedap. Kuahnya pekat dan merah. Asam pedas yang sedap adalah yang seimbang rasa masam, pedas dan masinnya. Baru ngam!
Terdapat banyak versi asam pedas, mengikut negeri. Kalau ke Melaka, gaya asam pedasnya lain. Kalau ke Johor pulak lain. Asam pedas kari pun ada. Pernah cuba tak? Sedap jugak tu.
Ikan terubuk pula memng ngam dimasak asam pedas. Cuma nak makannya, kena bertabah dan sabar sebab tulangnya banyak. Tapi, rasanya yang sedap berbaloi untuk ‘susah payah’ itu.
Cubalah resipi asam pedas lada hitam ikan terubuk ini ye.
Resipi Asam Pedas Ikan Terubuk
Bahan-bahan:
1ekor ikan terubuk saiz sederhana (potong, cuci dengan garam dan limau nipis)
8-10 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
Daun kesum
Daun limau purut (buang urat tengahnya)
1 batang bunga kantan (racik halus)
15 batang bendi
1 batang terung panjang (potong)
1-2 sudu makan Air asam jawa – boleh beli online di sini
2 biji tomato (belah empat)
2-3 batang serai
Sedikit serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
1 sudu makan serbuk ketumbar
Garam secukupnya – boleh beli online di sini
Air secukupnya
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Kisar:
2 inci kunyit hidup – boleh beli online di sini
2 biji bawang merah – boleh beli online di sini
1 labu bawang Bombay
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
2 inci halia – boleh beli online di sini
Cara Memasak Resipi Asam Pedas Lada Hitam Pari:
Terlebih dahulu, ikan terubuk dibersihkan betul-betul. Lumur dengan garam dan limau. Biar seketika barulah dicuci. Kemudian bubuh serbuk kunyit. Ini bertujuan mengurangkan/menghilangkan bau ikan\
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis semua bahan kisar sampai terbit wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan pula serbuk ketumbar dan tumis lagi. Tuang air asam jawa, daun kesum, diikuti daun limau purut dan serai.
Tambah hirisan bunga kantan yang telah diracik. Masak lagi.
Kemudian tambah air mengikut kesesuaian kepekatan kuah yang kita kehendaki. Masak lagi.
Masukkan pula tomato yang telah dihiris.
Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan terubuk. Gaul sekata. Bubuh sedikit serbuk ladah hitam.
Masukkan pula kacang bendi dan terung, kacau lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Semak masam, masin dan pedasnya agak seimbang. Tambah air lagi jika kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan keinginan masing-masing.
Biarkan ia merendeh dengan api yang kecil. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Mudahnya Cara Buat Ikan Siakap Stim, Rasa Ala Makan Di Restoran
Tomyam Ikan Siakap Undang Selera, Berbaloi-Baloi Masak Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Gulai Lemak Ikan Kering Versi Kelantan. Memang Sedap

Menu Gulai Lemak Ikan Kering ni memang menjadi pujaan ramai terutamanya anak-anak Kelantan. Menu ni memang sedap. Biasanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam. Bagi yang pernah makan Nasi Berlauk, ha..nilah menu gulainya. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
BOLEH JUGA CUBA:
Resipi Gulai Daging Cincang Rebung Versi Utara. Memang Sedap!
Ini 3 Resipi Seafood, Kalau Korang Cuba Comfirm Jadi & Sedap.

Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang | potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
- Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
- 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
- Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.