
Lain dari yang lain, penggemar popia mungkin boleh cuba rasa baru ni. Caranya mudah dan bahan ynag digunakan pun tidak renyah, sesuai dijadikan hidangan minum petang dan sarapan pagi. Nampak menyelerakan jom cuba!
Siap dah PANCAKE POPIA KPOP …
korang memang patut try sebab memang sedapp.. Makan dengan sos pencicah thai, bau harum daun ketumbar buat korg akn terasa lapar…
RESIPI PANCAKE POPIA K-POP
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia (brand apa-apa aje)
- 10 ekor udang (potong kecik2)
- 1sd lada sulah
- Sedikit garam
- 3ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
- Daun kucai
- Cili merah besar (cincang halus)
- 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
- Sebiji telur
- Sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn air (utk gam)
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia n tepung gandum.
- Kulit popia dilipat dua dan gunting ..
- Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
- Satu lagi lapisan kulit popia disapu dgn tpung gandum utk gam ye. Dan tampal atas popia..
- Lps tu boleh lah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan!
Kredit resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pekat, Masam & Manis. Resipi Tomyam Tumis Ala Siam Paling Kaw Wajib Cuba!

Peminat tomyam memang kena cuba resipi Tomyam Tumis Ala Siam ni. Bau harum dan keenakan kuahnya tu, memang padu! Pendek kata semangkuk memang tak cukup. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni juga sangat ringkas. Memang tak susah nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM ALA SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 300-400gm isi ayam – potong kecil
- 2-3 ekor sotong – dikelar
- 5-6 ekor udang
- 2 ½ sudu makan pes tomyam
- 3 cawan air (600ml)
- 1/2 sudip sos cili
- 1 hiris jus limau nipis – boleh ubah suai ikut selera.
- 1 sudu kecil (kfc) garam
- 1 sudu makan gula – boleh abaikan atau kurangkan. Ikut selera.
- Secubit perasa
- Secubit serbuk lada putih
- 1 sudu makan susu cair – untuk rasa lemak
BAHAN TUMIS:
- 2 batang serai – hiris serong memanjang. Ketuk bahagian umbi depan.
- 3 tangkai cili padi
- 1 biji tomato – belah 4
- 3 helai daun limau purut
- 1 rumpun batang daun sup – boleh gantikan dengan daun ketumbar supaya rasa lagi kaw.
- 3 ulas bawang putih – diketuk
- 1/2 biji bawang Holland – hiris memanjang.
- 1 inci halia – diketuk
- 2 hiris lengkuas
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih. Masak hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis lain dan masak hingga wangi.
3. Seterusnya masukkan potongan ayam. Biar sehingga minyak ayam keluar supaya rasa tomyam jadi lebih sedap.
4. Masukkan pes tomyam. Gaul rata kemudian tutup periuk dengan penutup. Biar pes pecah minyak terlebih dahulu sebelum dimasukkan air.
5. Tambahkan air. Kacau rata.
6. Seterusnya tambahkan 1/2 sudip sos cili Life. Perahkan juga 1 hiris perahan jus limau nipis.
7. Perasakan kuah tomyam dengan garam, gula, serbuk perasa dan juga serbuk lada putih. Jumlahnya boleh diubahsuai ikut citarasa.
8. Jika nak kuah tomyam yang rasa sedikit berlemak, tambahkan susu cair.
9. Setelah kuah mendidih, masukkan pula hirisan sotong dan udang. Biarkan 2 minit dan tutup api.
10. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi
Homemade Perencah Sup! Siapan Awal Stok Untuk Puasa. Sedap Dan Berbaloi!

Rempah sup selalunya di beli terus di kedai kerana lebih senang didapati. Tetapi bagi mereka yang berniaga lebih senang dan murah jika di buat sendiri dan hasilnya lebih sedap berbanding yang dibeli siap.Seperti perkongsian Junaidah ini, Makciknya membuat sendiri resipi sup untuk berniaga dan kini hampir 17 tahun masih mengamalkan car pembuatan yang sama. Nak rasa sendiri jom kita cuba!
Nak sup yang lebih sedap, senang saja..kita buat perencah sup sendiri…dulu saya pernah tolog makcik saya berniaga kedai makan..resepi mak cik saya ajar saya..sekarang dah lebih 17 tahun mak cik berniaga. Berniaga bihun sup, nasi ayam dan lain-lain lagi. Terima ksih buat makcik saya kerana dah lama saya buat sup guna resipi perencah sup ni..di sini saya ada buat video pasal nk buat perencah sup sndri. Perencah ni saya buat untuk masak sup tulang. Kalau untuk sup lain pun boleh, kalau lebih perencah ni, boleh letakkan dalam peti ais. Bila-bila nak masak sup, guna perencah yang dah siap buat je. Mudah, jimat dan yang penting sedap! – Junaidah Roslan
BAHAN-BAHAN:
- Serbuk sup (saya lebih suka guna yg cap adabi)
- Bawang besar 4 biji
- Bawang putih 9 ulas
- Halia 4 inci,
- Sup bunjut 2 bungkus.. (saya buka benag bunjut,saya ambil bahan2 dalam sup bunjut)..
CARA MEMASAK:
- Bahan-bahan semua ni kisarkan.
- Lepas kisar, panaskan minyak, masak sampai pecah minyak dan kering. Siap…
Nota: Untuk sup tulang, saya rebus tulang bagi lembut dulu..bila dh betul2 lembut, baru masukkan perencah sup yang saya buat tadi. Tutup tudung periuk, bau dia memang sedap…Masukkn perencah,
masukkn garam, serbuk perasa dan rasa..bila dah puas hati dengan rasa sup, tutup api dan sedia dihidangkan…
Link ke video ini untuk melihat cara2nya.
https://www.facebook.com/1269999633076972/videos/1563365417073724/
https://www.facebook.com/1269999633076972/videos/1563365570407042/
https://www.facebook.com/1269999633076972/videos/1563365667073699/
https://www.facebook.com/1269999633076972/videos/1563365800407019/
Kongsi resipi: Junaidah Roslan
Jom Cuba Resipi Sandwich Cheesecake Yang Mudah & Senang

Sebelum ini, menu cheesekut dan juga cheesecake popular di kalangan penggemar pencuci mulut. Nah, muncul pula menu baru iaitu Sandwich Cheesecake daripada saudara Muhammad Ali.
Cara buat pun mudah saja. Bolehlah mak-mak lakukan aktiviti memasak bersama dengan anak-anak di rumah.
RESEPI SANDWICH CHEESECAKE MR.ALI
*Guna loyang 6 inci : dapat 4 bahagian
BAHAN-BAHAN
8 keping biskut (Saya pakai Jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil, akan dapat lebih dari 4 bahagian) – beli online DI SINI
250 gram cream cheese
150 gram dairy whipping cream
50 gram gula icing – beli online DI SINI
1 sudu kecil essen vanilla – beli online DI SINI
25 gram oreo yang dihancurkan @ 125gm coklat yang dicairkan
TONTON Let’s Cooking: Brownies Cream Cheese
TONTON Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips: Kek Butter
CARA- CARA:
1.Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.
2. Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller/peti sementara buat lapisan mousse.
*ada 2 perisa, boleh pilih mana-mana
PERISA OREO
CARA-CARA:
1.Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit, henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul beat sampai sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
3. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.

4. Masukkan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai perisa sahaja.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
PERISA CHOCOLATE
CARA-CARA:
1. Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit. Henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul sampai sebati.
2. Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Pukul sebati. Dah sebati, berhenti.
3. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
4. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
*gula atas tu pakai dusting sugar, baru dia tak menyerap, kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.
Kredit resipi: Muhammad Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kek Sarang Semut Kukus Sempurna Kejadian, Memang Ketagih Nak Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: