Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 250gram Perfect Italiano Perfect Melt
- 60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
- 440ml Fernleaf Susu UHT
- 280gram tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh baking soda
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
- 1 mangkuk medium cili kisar
- 5 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
- Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
- Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
- Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: