Tat adalah hidangan minum petang yang digemari ramai. Biasanya kita dihidangkan dengan tat telur. Jika sukakan cita rasa moden diletakkan dengan buah-buahan pilihan. Boleh pelbagaikan cita rasa seperti pandan egg tat ni. Bila pandan egg dibelah lihat isiannya yang halus, kulit yang rapuh-rapuh rangup.
Memang layan.
PANDAN EGG TART
Bahan Crust
170 gm butter
50 gm gula icing
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280-300gm tepung gandum
CARA MEMBUAT:
1. Pukul butter dan gula. Jangan pukul lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
4. Balut doh dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. Terapkan ke dalam acuan tat.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170°C.
7. Bakar selama 20 minit hingga masak. Sejukkan.
8. Jangan padamkan suis oven. Masih gunakan suhu yang sama.
PANDAN EGG CUSTARD
250ml susu segar
60gm gula
2 biji telur
2 sudu makan tepung kastard
Sedikit garam
Sedikit pandan pes
Sedikit pewarna hijau jika perlu
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan-bahan ke dalam periuk non-stick.
2. Dengan api yang kecil, masak adunan kastard hingga hampir pekat. Jangan terlalu lama sebab adunan nanti akan jadi pekat. Adunan mesti tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Susunkan tart crust di dalam loyang pembakar. Tuangkan adunan kastard perlahan-perlahan ke dalam tart crust hingga penuh. Tak perlu tunggu adunan kastard sejuk sebab ia akan menjadi lebih pekat. Terus tuangkan ke dalam tart crust.
4. Bakar (170°C) selama 10-15 minit ikut oven masing-masing. Sejukkan. Alaskan dengan papercup agar bersih dan kemas. Masukkan ke dalam kotak piza dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Kredit: Aini Binte Madon
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.