Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.

Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai.

 

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Ads

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan.

  • Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.

 

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH 

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan.

  • Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.

 

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan.

Ads
  • Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental.

 

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Panduan & Tip Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan.

Ads
  • Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.

 

Kredit petua & foto: Wan Jamiah

Link asal: https://goo.gl/AfpGmr

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI