Paprik seafood ala Thai, lauk macam ni memang sesuai untuk dihidangkan buat keluarga. Lengkap dengan pelbagai jenis lauk dan juga sayur-sayuran.
Cukup satu lauk ini sahaja atau boleh tambah dengan telur dadar. Nak pedas sikit boleh tambah cili padi.
Bagi yang tak makan seafood boleh juga tukar kepada ayam dan juga daging. Makan panas-panas satu keluarga cukup meriah. Tak perlu banyak-banyak lauk!
Paprik Seafood Ala Thai
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Hiris bahan bertanda *
BAHAN B
2 sudu cili kisar
2 sudu pes tomyam
3 sudu sos tiram
Ads
4 sudu sos cili
3 sudu kicap manis
Serbuk perasa
Udang dan Sotong
(Nak tambah atau tukarkan kepada daging atau ayam pun boleh)
BAHAN C
Kobis bunga
Lobak merah
Ads
Kacang buncis
Daun limau purut
Cili Merah/Hijau
(Jika ingin tambah sayuran lain pun boleh. Ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
Mula-MULA panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan B diikuti udang sotong yang sudah dicuci bersih. Tambahkan sedikit air.
Reneh sehingga masak.
Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau suka, bolehlah masukkan serbuk perasa. Empunya resipi biasa gunakan Pasti Sedap. Jadi boleh ikut selera masing-masing.
Penggemar hidangan Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan. Selamat mencuba.
CARA MASAK SOTONG KANGKUNG MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor sotong kembang
1kg kangkung – potong kecil
1 botol kecil sos plum
5-6 sudu makan petis
1 biji limau kasturi
5-6 sudu makan kacang tumbuk halus
1 sudu makan gula
2 sudu teh cili tumbuk – boleh lebihkan
CARA MEMASAK: 1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan. 2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan.
3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau. 4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.
Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.
Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING
BAHAN-BAHAN
1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
2 biji kelapa | santan secukupnya
1 batang serai | diketuk
1 helai daun kunyit | dicarik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
10 biji cili padi
2sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong
1 biji tomato | di potong kiub
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cili kering mesin
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya menumis
Bahan dihiris :
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2.5sm halia
Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ketam | saiz sederhana
2 sudu makan sos cili
5 biji cili merah | dikisar
2.5sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1/2 biji bawang besar | dikisar
1 sudu makan madu
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK :
Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang | saiz XXL
1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
1 helai kunyit hidup | dicarik
500ml santan dan air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
5 ulas bawang merah
2.5sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my
Umpphh sedapnya kalau dapat nikmati lauk kegemaran tengahari ni. Tekak mengidam makanan laut setelah dah puas makan daging korban. Muak pula rasanya. Nah min cadangkan masakan yang boleh korang kecur liur. Paduan rasa masam,manis dan pedas cili api sungguh membuka selera. Pasti bertambah anda makan nanti.
Udang Masak Lemak Cili Padi + Nenas
Bahan-bahan: Cili padi Bawang merah Bawang putih Serai
Sikit kunyit serbuk
Garam
Santan
Nenas sikit
Cara memasak:
1.Tumbuk cili, bawang merah n putih..
2.Serai dititik saje.
3.Tumis bhn tumbuk sampai pecah minyak..
4.Masuk serai. Masuk santan, udang, nenas, serbuk kunyit dan garam. Kacau.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.