Makan

Paru Goreng Crispy, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

Share

Nikmati keenakan Paru Goreng Crispy yang rangup dan memikat selera. Wajib cuba!
Confirm tak cukup sebalang.Nak buat paru goreng ni pastikan pisau tajam semasa
memotong, barulah dapat hasil yang nipis. Pastikan paru keras seperti kerepek baru
boleh diangkat.

Paru goreng Crispy

Bahan-bahan:

1/2 kg paru – dihiris nipis
10 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara memasak:

1. Rebus paru.Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang hiris bila sudah keras.

Tip: Jika tak dimasukkan dalam chiller sukar untuk dapat paru dengan hirisan yang nipis. Pastikan hiris senipis yang mungkin dengan pisau tajam.

2. Kisar semua bahan rempah dengan sedikit air.

3. Gaul bahan dikisar dengan paru yang dihiris nipis.

4. Goreng paru dalam minyak yang betul-betul panas. Bila hampir masak boleh
kecilkan api. Pastikan paru keras seperti kerepek baru angkat. Jika tidak paru tak
rangup.

5. Angkat, tos dan simpan dalam bekas yang kedap apabila sejuk. Boleh makan begitu saja atau buat lauk.

Selamat mencuba.

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN