Ads
Home Berita Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek...

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam

Ads

Jika anda membeli belah di Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam, pastikan anda singgah ke Kedai Kek Shah Alam dan Mior Dessert di aras tanah. Anda pasti rambang mata melihat barisan kek indah dengan pelbagai corak dan hiasan, brownies, tart, biskut, cream puff dan pelbagai lagi. Yang pasti semua produk jualan bakeri dan pastri ini halalan toyibban milik bumiputera muslim.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Produk jualan di sini ada yang dihasilkan di dapur Mior Dessert tidak jauh dari Kedai Kek Shah Alam yang cukup terkenal dengan ‘signature’ Cream Puff dan ada juga dibuat di dapur pusat (Central Kitchen) di Baker’s Place , Cheras, KL. Jadi produk di sini terjamin kesegarannya freshmade enak berkualiti.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Pemiliknya ialah pasangan suami isteri Mior Ashraf Norul Bashah, 41 tahun, dan Fazillah Omar, 40 tahun . Perniagaan mereka bermula di rumah sejak 2004 dengan menjual krim puff Mior Dessert. Kini berkembang memiliki dapur sendiri dan turut membekalkan produk ke stesen Petronas, katerer dan bakeri dan pelanggan lain.

Ads

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Produk terkenal dan popular adalah kek viral setengah kg dengan sembilan perasa yang berharga RM20. Mior Dessert menghasilkan empat jenis Dessert iaitu Krim Puff, Pastri Lapis, Tart Buah dan Tart Keju. Variasi kek yang terdapat di Kedai Kek pula adalah,kek Red Velvet, kek Coklat Oreo, kek Indulgent Layer dengan Mousse dan pelbagai lagi aneka biskut. dan serunding.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Menariknya Fazilah juga menjalankan R & D sendiri dengan mencuba resipi dan membuat teknik membuat filling bagi mendapatkan hasil keluaran yang lebih produktif dan efektif. Mereka juga turut menawarkan kelas membuat bakeri dan pastri. Niat murni mereka adalah terus menghasilkan produk berkualiti sambil menjalankan fardhu kifayah memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang halalan toyibban.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
.

INFO KEDAI :

  1. Lokasi : Aras Tanah , Kompleks Membeli Belah Ole Ole , Seksyen 18, Shah Alam
  2. Pemilik : Mior Ashraf Norul Bashah dan Fazillah Omar
  3. Waktu Urusniaga : Isnin – Ahad, 7 hari seminggu, 10 pagi hingga 10 malam

Keistimewaan :

  1. Lokasi strategik dan harga berpatutan
  2. Menerima tempahan ‘custom made’,mengikut citarasa pelanggan
  3. Mior Dessert terkenal denagn cream puff, puff pastry, tart buah dan tart keju.
  4. Kek paling viral kek ½ kg dengan 9 perasa
  5. Menerima tempahan korporat dan majlis

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam

Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam
6. Membuat R & D sendiri memperkenalkan teknik membuat cream puff dengan hasil optimum tanpa membebankan tenaga.

Ads

 

ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI MIXER ATAU MESIN MEMPROSES TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMBUAT KEK, JOM SEMAK DI SINI.

 

ANDA MEMINATI RESIPI INI :

https://www.rasa.my/kek-span-marble-susu-lemak-dan-gebu/

Ads

https://www.rasa.my/kek-pandan-cheese-leleh-confirm-menjadi/

Roti Unyil Jadi Inspirasi Niaga moreish_official

 

VIDEO MASAKAN INI PUN MENARIK JUGA :

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI