Kedai Flagship Terbaru Memukau Pengunjung Dengan Reka Bentuk Bertenaga, Hasil Tani Tempatan Dan Promosi Istimewa
Jaya Grocer mencatat satu lagi pencapaian dengan pembukaan besar-besaran pasar raya flagship terbarunya di Sunway Pyramid pada 1 November 2024, yang dinaiktaraf daripada pasar raya sedia ada di lokasi sama. Acara yang disambut dengan penuh kegembiraan ini berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin merasai suasana pasar raya yang telah dinaiktaraf itu serta elemen terbaru yang unik, selain menikmati pengalaman membeli-belah yang menarik semasa cuti perayaan Deepavali.
Majlis pembukaan semula pasar raya itu diadakan di Aras Bawah 2 Sunway Pyramid dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng bersama Pengerusi Jaya Grocer, Adelene Foo. Para hadirin terpesona dengan pengalaman baru yang ditawarkan, mencerminkan komitmen Jaya Grocer dalam menawarkan pelbagai pilihan hasil tani segar berkualiti tinggi dan barangan runcit pada harga yang berpatutan serta pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan agar sesuai dengan cita rasa penduduk tempatan melalui format pasar raya yang berinovatif memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Ads
Antara tarikan utama ialah stesen pemotongan makanan laut secara langsung, di mana pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana pekerja mahir menyediakan makanan laut segar di hadapan mereka. Pilihan hasil tani segar Jaya Grocer turut menjadi perhatian, menampilkan pembekal dari kalangan petani di Cameron Highlands serta komuniti Orang Asli di Pahang dan Johor. Di samping itu, Baker’s Son pula menyajikan rangkaian Croissant Creations eksklusif yang hanya boleh didapati di pasar raya flagship Sunway Pyramid, termasuk pilihan Chicken Breast, Salted Beef dan Egg Mayo and Tuna, dengan harga bermula dari RM9.90.
“Kami gembira dengan sambutan hangat dan maklum balas positif daripada komuniti. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman pasar raya yang serba moden dan menarik untuk pelanggan kami di samping mewujudkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Kami menawarkan beraneka produk yang dipilih khas dengan mengambil kira pelbagai keperluan komuniti tempatan, termasuk ramai pelajar antarabangsa dan keluarga berbilang budaya di Sunway. Sementara itu, kami turut menggunakan trak ladang Cameron Highlands yang telah diubah suai untuk mempamerkan hasil tani segar, yang mana ianya menunjukkan komitmen kami untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan dan meningkatkan ekonomi tempatan dengan pekerjaan dan rantaian bekalan yang mantap,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng.
Ads
Jaya Grocer meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dengan memperkenalkan penyewa kecil yang menawarkan pelbagai pilihan makanan sedia dimakan yang lazat. Antaranya ialah I’m Bagel yang menyajikan bagel dibakar segar, K Kitchen dengan hidangan asli Korea yang menawarkan kehebatan rasa makanan Korea dalam bentuk hidangan segera, dan Toyosuya, syurga makanan Jepun yang menawarkan sushi, sashimi dan makanan Jepun lain yang berkualiti tinggi.
Sempena pembukaan besar-besarannya, pasar raya itu menawarkan pelbagai promosi eksklusif yang berlangsung sepanjang November, dengan tawaran hebat merangkumi pelbagai jenis produk untuk para pelanggan. Selain itu, para pengunjung juga boleh merasai pengalaman interaktif yang berlangsung sehingga 3 November, termasuk demonstrasi penyediaan makanan laut pada jam 12:00 tengah hari dan 6:00 petang setiap hari, demonstrasi memasak, pameran produk dan sesi mencuba makanan, serta permainan yang menyeronokkan dengan pelbagai hadiah menarik.
Jaya Grocer merancang untuk memperkenalkan lebih banyak konsep dan format kedai yang berinovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Sama seperti pasar raya Jaya Grocer yang lain, cawangan ini turut menawarkan kemudahan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart dan tawaran eksklusif melalui program Keahlian Jaya Grocer, yang disepadukan dengan aplikasi Grab untuk kemudahan tambahan.
Program Keahlian Jaya Grocer, yang dikuasakan oleh Grab, kini boleh didapati di pasar raya baharu tersebut, menawarkan penjimatan dan ganjaran. Ahli boleh mengumpul mata dengan setiap pembelian, yang boleh digunakan untuk diskaun di dalam kedai, sekali gus meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka. Disepadukan dengan ekosistem GrabRewards, program ini membolehkan pelanggan menggunakan mata daripada rakan peniaga yang lain untuk pembelian di Jaya Grocer, membuktikan komitmen Jaya Grocer terhadap nilai dan kemudahan.
Ads
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Selepas sebulan berpuasa, kini tiba masanya untuk seluruh umat Muslim meraikan kejayaan dengan sambutan Aidilfitri. Kita digalakkan saling mengunjungi dan melayani tetamu yang datang berhari raya di rumah. Justeru ayuh raikan mereka dengan set hidangan terbaharu yang pastinya menceriakan suasana.
Tesco menawarkan koleksi terkini LUMINARC RAYA COLLECTIBLES. Koleksi ini sangat sesuai untuk anda yang mahukan barangan berkualiti untuk pinggan, mangkuk, bekas mengisi makanan, jag dan juga cawan. Menggunakan Luminarc semestinya membantu sambutan hari raya anda lebih bermakna.
Dengan rekaan pinggan mangkuk yang sangat menawan hati, tetamu juga terasa sungguh dihargai apabila kehadiran mereka diraikan dengan hidangan yang disajikan dengan koleksi LUMINARC RAYA COLLECTIBLES. Malah tuan rumah tersenyum gembira melihat keceriaan pada wajah si tetamu.
Dengan harga yang sungguh berpatutan, anda tidak sepatutnya melepaskan peluang berhari raya dengan koleksi pinggan mangkuk yang lengkap dan sangat cantik ini. Apatah lagi kini anda berpeluang mendapatkan koleksi menawan dengan diskaun menarik melalui penebusan mata ganjaran melalui Program e-Kumpul dan e-Tebus. Apa tunggu lagi? Muat turun Aplikasi Tesco Collectibles sekarang dan dapatkan koleksi LUMINARC RAYA COLLECTIBLES sempena Aidilfitri ini.
TAWARAN EKSKLUSIF SET LUMINARC MELALUI APLIKASI TESCO COLLECTIBLES
Pemegang kad keahlian Tesco Clubcard dan peminat koleksi Luminarc kini berpeluang mendapatkan set Luminarc dengan diskaun sehingga 80 peratus melalui Program e-Kumpul dan e-Tebus. Anda hanya perlu memuat turun Aplikasi Tesco Collectibles yang berlangsung sepanjang 13 Mei hingga 17 Julai 2019 ini.
Anda perlu berdaftar sebagai sebagai ahli Tesco Clubcard terlebih dahulu dan login ke dalam aplikasi ini. Daftar sebagai ahli di mana-mana cawangan Tesco atau boleh juga berdaftar sebagai ahli tanpa kad di https://clubcardregister.tesco.com.my/
Untuk menebus, sila pergi ke link ini mengikut klasifikasi gajet anda.
Selepas memuat turun aplikasi tersebut, anda boleh berbelanja di Tesco dan mendapat e-setem yang dikreditkan secara automatik ke dalam Aplikasi Tesco Collectibles. Anda boleh mengumpul e-setem yang berbentuk mata ganjaran untuk menebus produk Luminarc yang memenuhi cita rasa anda. Tempoh pengeluaran e-setem adalah sepanjang 13 Mei hingga 3 Julai 2019. Manakala tempoh penebusan adalah sepanjang 13 Mei hingga 17 Julai 2019.
Untuk menebus mata ganjaran e-setem, anda perlu log masuk ke dalam aplikasi dan pilih mana-mana produk mengikut cita rasa anda sebelum perlu ke stor Tesco. Maklumat lanjut, layari http://collectibles.tesco.com.my/
Berikutan tular video hidangan aneka manisan dengan gaya ala ‘shellout’ sempena sambutan ulang tahun adiknya, Raf Yaakob baru-baru ini, Dato’ FazleyYaakob menerima kecaman hebat dari para pelayar laman sosial.
Beliau dikatakan tidak menghormati dunia seni kulinari malah ada juga sebilangan netizen yang bertindak mengecamnya kerana dikatakan tindakan tersebut kurang sopan lantaran ‘mencampak’ beberapa makanan di atas meja.
Namun menerusi temubual bersama Sinar Harian, beliau menyangkal dakwaan tersebut.
Sebenarnya, ia bukan mencampak makanan tapi konsep Sweet Table memang seperti itu. Itulah kelainannya. Ia bukan disediakan di atas pinggan sebaliknya dihidangkan di atas meja besar dengan kapasiti minimum enam orang. Dan… konsep ini sebenarnya dah lama dibuat di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan London, tapi ia adalah baru di sini.
Tambahnya lagi, kebanyakan netizen yang mengecam konsep tersebut mungkin kerana tidak memahami atau mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari serta menolak untuk menerima pembaharuan.
Saya rasa mana yang tak faham konsep dan tak buat research dan tak ada pengalaman bagaimana dessert itu dilakukan, mungkin mereka akan mengecam. Kalau tengok di luar negara, mereka sampai ada pecahkan coklat di atas meja bahkan lambung dari atas ke meja.
Berikutan penularan video tersebut juga, hidangan unik Sweet Table mendapat sambutan hangat. Malah, menurut Dato Fazley beliau tidak menang tangan dalam menerima tempahan.
” Saya buka booking untuk konsep ini bermula minggu depan. Tapi, nampaknya saya perlu aturkan semula kerana mendapat permintaan tinggi. Jadi saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kerana secara tak langsung kecaman itu memberikan publisiti percuma,” katanya yang mengakui tidak berkecil hati sebaliknya memandang setiap kecaman tersebut daripada sudut positif.
Dalam ramai yang mengeji, ada juga yang memuji kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh juara Masterchef Selebriti ini. ukan itu sahaja, rata-rata pengikut dan peminatnya di laman sosial turut kagum dan memuji kreativitinya. Bagi anda yang nak sambut ulang tahun atau nak ‘sweet-sweet’ dengan pasangan, bolehlah ke Suka Sucre Bistro dan cuba Sweet Table ni. Pasti senyum sampai telinga!
Jenama Tyson akhirnya tiba di Malaysia! Jenama ini membawa bersama standard global dalam produk ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna.
Memaparkan pilihan meluas produk berkualiti kelas dunia dan sedap yang juga 100 peratus halal, rangkaian produk Jenama Tyson dapat disediakan dengan mudah dan pantas serta membawa kegembiraan dalam setiap hidangan.
Menurut Tan Sun, Presiden, Tyson Foods Asia Pacific (APAC), produk-produk Jenama Tyson juga mudah disediakan, malah tidak perlu dinyahbeku sebelum dimasak.
“Produk Tyson menggunakan teknologi signature salutan tiga kali untuk kerangupan maksimum serta kaedah perapan vakum bagi memastikan setiap gigitan lembut, berjus dan kaya dengan rasa, setiap ayam sejuk beku yang telah dimasak sempurna tentunya pilihan hidangan yang terbaik.
“Pengguna boleh menyediakannya terus, daripada peti sejuk beku ke penggoreng, dengan tiga langkah mudah – koyak pek, goreng ayam dan nikmati kerangupan ayam!” katanya.
Jenama Tyson menawarkan pelbagai pilihan produk ayam sejuk beku seperti Ayam Goreng Klasik, Kepak Ayam Buffalo, Karaage Ayam, Hirisan Ayam Rangup, Peha Ayam Panggang, Tender Ayam Digril dan Nuget Ayam.
Untuk mempertingkatkan pengalaman masakan di rumah anda, dapatkan pek Ayam Tyson dengan 7 pilihan enak di pasar raya terdekat anda!
Anda juga boleh mendapati produk enak Tyson melalui laman web Tyson! Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di laman Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!