Kedai Flagship Terbaru Memukau Pengunjung Dengan Reka Bentuk Bertenaga, Hasil Tani Tempatan Dan Promosi Istimewa
Jaya Grocer mencatat satu lagi pencapaian dengan pembukaan besar-besaran pasar raya flagship terbarunya di Sunway Pyramid pada 1 November 2024, yang dinaiktaraf daripada pasar raya sedia ada di lokasi sama. Acara yang disambut dengan penuh kegembiraan ini berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin merasai suasana pasar raya yang telah dinaiktaraf itu serta elemen terbaru yang unik, selain menikmati pengalaman membeli-belah yang menarik semasa cuti perayaan Deepavali.
Majlis pembukaan semula pasar raya itu diadakan di Aras Bawah 2 Sunway Pyramid dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng bersama Pengerusi Jaya Grocer, Adelene Foo. Para hadirin terpesona dengan pengalaman baru yang ditawarkan, mencerminkan komitmen Jaya Grocer dalam menawarkan pelbagai pilihan hasil tani segar berkualiti tinggi dan barangan runcit pada harga yang berpatutan serta pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan agar sesuai dengan cita rasa penduduk tempatan melalui format pasar raya yang berinovatif memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Antara tarikan utama ialah stesen pemotongan makanan laut secara langsung, di mana pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana pekerja mahir menyediakan makanan laut segar di hadapan mereka. Pilihan hasil tani segar Jaya Grocer turut menjadi perhatian, menampilkan pembekal dari kalangan petani di Cameron Highlands serta komuniti Orang Asli di Pahang dan Johor. Di samping itu, Baker’s Son pula menyajikan rangkaian Croissant Creations eksklusif yang hanya boleh didapati di pasar raya flagship Sunway Pyramid, termasuk pilihan Chicken Breast, Salted Beef dan Egg Mayo and Tuna, dengan harga bermula dari RM9.90.
“Kami gembira dengan sambutan hangat dan maklum balas positif daripada komuniti. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman pasar raya yang serba moden dan menarik untuk pelanggan kami di samping mewujudkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan. Kami menawarkan beraneka produk yang dipilih khas dengan mengambil kira pelbagai keperluan komuniti tempatan, termasuk ramai pelajar antarabangsa dan keluarga berbilang budaya di Sunway. Sementara itu, kami turut menggunakan trak ladang Cameron Highlands yang telah diubah suai untuk mempamerkan hasil tani segar, yang mana ianya menunjukkan komitmen kami untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan dan meningkatkan ekonomi tempatan dengan pekerjaan dan rantaian bekalan yang mantap,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng.
Jaya Grocer meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dengan memperkenalkan penyewa kecil yang menawarkan pelbagai pilihan makanan sedia dimakan yang lazat. Antaranya ialah I’m Bagel yang menyajikan bagel dibakar segar, K Kitchen dengan hidangan asli Korea yang menawarkan kehebatan rasa makanan Korea dalam bentuk hidangan segera, dan Toyosuya, syurga makanan Jepun yang menawarkan sushi, sashimi dan makanan Jepun lain yang berkualiti tinggi.
Sempena pembukaan besar-besarannya, pasar raya itu menawarkan pelbagai promosi eksklusif yang berlangsung sepanjang November, dengan tawaran hebat merangkumi pelbagai jenis produk untuk para pelanggan. Selain itu, para pengunjung juga boleh merasai pengalaman interaktif yang berlangsung sehingga 3 November, termasuk demonstrasi penyediaan makanan laut pada jam 12:00 tengah hari dan 6:00 petang setiap hari, demonstrasi memasak, pameran produk dan sesi mencuba makanan, serta permainan yang menyeronokkan dengan pelbagai hadiah menarik.
Jaya Grocer merancang untuk memperkenalkan lebih banyak konsep dan format kedai yang berinovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. Sama seperti pasar raya Jaya Grocer yang lain, cawangan ini turut menawarkan kemudahan membeli-belah dalam talian melalui GrabMart dan tawaran eksklusif melalui program Keahlian Jaya Grocer, yang disepadukan dengan aplikasi Grab untuk kemudahan tambahan.
Program Keahlian Jaya Grocer, yang dikuasakan oleh Grab, kini boleh didapati di pasar raya baharu tersebut, menawarkan penjimatan dan ganjaran. Ahli boleh mengumpul mata dengan setiap pembelian, yang boleh digunakan untuk diskaun di dalam kedai, sekali gus meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka. Disepadukan dengan ekosistem GrabRewards, program ini membolehkan pelanggan menggunakan mata daripada rakan peniaga yang lain untuk pembelian di Jaya Grocer, membuktikan komitmen Jaya Grocer terhadap nilai dan kemudahan.
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official