Pasta Aglio Olio Salami Daging. Menu Makan Malam Mudah Tapi Nampak Mewah.

Share

Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat! 

 

PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm spageti
  • 15 biji bawang putih |dicincang halus
  • 5gm chili flakes
  • 5gm serbuk parsli
  • 60gm minyak zaitun |untuk menumis
  • 30gm serbuk lada hitam
  • 8 keping salami daging

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
  2. Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
  3. Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
  4. Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
  5. Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami  kemudian dihiris panjang.
  6. Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging.  Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .

Published by
Nur