Sedapnya Pasta Carbonara Mayones ni. Sesekali layankan selera ala Itali ni memang sedap juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
RESIPI PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
- 2 tin sos Carbonara (tin biru)
- 1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
- 2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
- Daging kisar secukupnya
- Sayur campur secukupnya
- Cendawan butang
- Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
- Sedikit garam
- Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
- Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
- Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
- Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
- Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
- Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
- Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Kredit resipi & foto: KieSha IzzRul