Sesekali layankan selera ala Itali ni memang sedap juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
PASTA CARBONARA MAYONES
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Selalunya kalau nak makan Yee Mee Sizzling, mesti makan kat gerai atau restoran, sebab guna plate sizzling yang dibuat dari keluli tu. Tapi itu bukan masalah, guna je pan atau kuali biasa. Yang penting cara anda sediakan kuahnya yang pekat dan kaya dengan aroma cendawan shitake kering. Nak tau rahsianya? Follow je resipi yang RASA Share di sini.
YEE MEE SIZZLING BAHAN-BAHAN: 3 gulung yee mee 5 ulas bawang putih | cincang halus 2cm halus | hiris halus 1 keping dada ayam | hiris nipis 6 kuntum cendawan shitake kering | rendam hingga lembut dan hiris 4 tangkai cili kering | potong 3cm 4 sudu makan sos tiram 6 sudu makan kicap 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sudu teh minyak bijan 2 sudu makan tepung jagung + 1 cawan air 3 sudu makan minyak untuk menumis 4 cawan air
CARA MEMBUAT:
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan cili kering, kacau seketika masukkan hirisan ayam.
Tumis hingga ayam masak. Masukkan air (kalau nak kuah banyak boleh tambah air.
Kecilkan api dan kacau hingga kuah pekat dan masukkan minyak bijan,.
tutup api.
Bila nak dihidankan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali yang diletakkan atas dapur api kecil, masukkan 1 gulung yee mee. Biarkan ia lembut sedikit, tambah sayur sawi dan pecahkan telur. Jika perlu tambah lagi kuah.
Tunggu hingga telur separuh masak, tutup api dan yee mee sedia dihidangkan dengan hirisan cili padi atau cili jeruk.’
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka. Sesuai juga untuk dijadikan hidangan untuk majlis rumah terbuka bersempena Syawal ni.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
TIP
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Hidangan mi kari ala nyonya yang pastinya tidak muak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jika anda menyediakan hidangan ini, apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebud dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | hiris nipis
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.