
Sesekali teringin nak makan pasta. Bolehlah try masak pasta dengan kacang pistachio ni. Sedap sangat. RASA kongsikan resipinya. Nanti kalau korang nak try, bolehlah masak ye.
PASTA DENGAN PISTACHIO

BAHAN-BAHAN
Mentega secukupnya
1 ulas bawang putih
4 keping ham | direbus
200 ml krim
150 gram pistachio | dicencang
300 gram pasta | direbus
Garam secukupnya
100 gram keju parmesan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan mentega. Tumis bawang putih.
2. Masukkan ham dan tumis lagi.
3. Masukkan krim dan kacang pistachio.
4. Masukkan pasta. Perasakan dengan garam. Kacau sebati.
5. Matikan api. Masukkan pasta ke dalam pinggan. Tabur dengan keju parmesan. Hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuah Mi Kari Ipoh Guna Ikan Tamban Memang Puas Hati Rasa

Jika dihidangkan mi kari pasti ramai yang menyukainya. Ada pelbagai versi memasak mi kari ni. Kalau orang Perak mesti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh.Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je. Sedap dan tak muak rasanya. Jika ingin mencuba, dikongsikan resepi Cikgu Liza.

Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza
Bahan-bahan:
200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air.Toskan.Simpan air rebusan ikannya dikisar halus)
8 sudu makan rempah kari daging
*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
5-6 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai dititik
2 batang akar daun sup diketuk
3 tangkai daun kari
1 ketul kiub ikan bilis(optional)
500gm santan
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
500gm tauhu pong dipotong 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda (*).
2.Tumis bahan kisar,kayu manis,bunga lawang,pelaga,serai dan daun kari hingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
4.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.

5.Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.
6.Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
7.Masukkan santan dan tauhu pong.Kacau rata dan sebati.

8.Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.Biarkan mendidih.


9.Sedia dihidangkan dengan mi kuning,kuetiau atau bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.
Kredit: Nor Azaliza Tarmizi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa
Nampak Ringkas, Tapi Rasa Macam Kuey Teow Pasar Malam!

Kuey teow goreng antara menu yang popular, untuk dihidangkan buat keluarga. Nampak ringkas tapi jangan buat main. Rasa dia sedap sangat.
Rasa macam kuey teow pasar malam pun ada juga ni. Nak ekstra special tambah telur mata goyang. Perghh makan sambil pejam matalah perginya.
Jom kita cuba resipi daripada Afy AL Habibi.
RESIPI KUEY TEOW GORENG BEST

BAHAN-BAHAN:
1 paket kuey teow | basuh & toskan
1 sudu besar cili kering kisar – beli online di sini
Minyak cili
1 biji telur
Taugeh
Sawi
Lauk pilihan (saya guna udang segar & isi ayam yang dipotong kecil-kecil)
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CAMPURAN SOS & KICAP:
1 sudu besar kicap cair – beli online di sini
1 sudu besar kicap pekat – beli online di sini
3 sudu besar kicap manis – beli online di sini
1 sudu besar sos tiram – beli online di sini
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
2 sudu besar minyak bijan – beli online di sini

BAHAN KISAR:
7 ulas bawang putih – beli online di sini
2-3 ekor udang kering – beli online di sini
1 tangkai lada hijau
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN KICAP CILI:
Cili hijau | dipotong kecil-kecil – beli online di sini
1 sudu kicap cair
2 titik minyak bijan
½ sudu kecil sos ikan – beli online di sini
Secubit gula
*campurkan semua bahan dan kacau
CARA-CARA:
1. Tumis bahan kisar sampai garing. Kemudian, Masukkan cili kering kisar.

2. Optional untuk sedapkan lagi bau dan rasa, saya guna minyak cili adik Ben.

3. Masukkan lauk pilihan. Gaulkan sehingga semuanya sekata.
4. Pecahkan sebiji telur dan biar mengeras.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Kemudian, masukkan campuran semua kicap dan sos yang sudah disiapkan awal. Kacau sebati.

6. Masukkan kuey teow. Gaulkan bagi sebati dan sekata.
7. Perasakan dengan garam halus ikut citarasa sendiri (jika campuran sos tadi tidak masin). Kacau-kacau sambil besarkan api.

8. Masukkan pula taugeh dan sawi. Saya masukkan juga gula untuk seimbang semua rasa. Kuantiti ikut tekak sendiri. Selepas seminit dua, bolehlah tutup api.
9. Hidangkan bersama kicap cili potong, bawang jeruk dan keropok keping. Kalau ada cili jeruk laaaaagi sedap.

Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Meniaga Pulut Kuning & Rendang Ayam? Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba

Asam Laksa Cina, memang sedap dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Enak!
Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair.
Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA

BAHAN-BAHAN KUAH:
3 liter air
1 kg ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini
5 senduk cili kisar – beli online disini
3 sudu makan asam jawa – beli online disini
8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini
5 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini
Garam dan serbuk perasa
P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
BAHAN KISAR:
100gm bawang merah besar India – beli online disini
25gm belacan – beli online disini
13 tangkai cili padi hijau
1 batang serai saiz sederhana
300gm nanas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS):
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing.
3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.

7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam.
8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.


Kredit resipi & foto: Ben Safwan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

