Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.
RESIPI PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm udang | buang kulit
200gm pasta rebus
250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
½ biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
150gm mentega
Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit daun parsli | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
Ads
2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
Ads
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Mahu miliki aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & kena dengan bajet anda? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Biasa bila kita makan di restoran Thai, makan Mee CelupThai sangatlah sedap rasanya. Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati. Ayuh kita buat Mee Celup Thai mengikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala
RESIPI MEE CELUP THAI
BAHAN UNTUK KUAH:
Tulang/daging/ayam 1 paket rempah sup Thai (pek oren) – beli online Bawang putih *diketuk – beli online Serai *diketuk Akar ketumbar Daun ketumbar *diblender Halia – beli online Lengkuas – beli online Kicap sotong/ sos ikan – beli online Kicap Mountain Thai Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
Lada jeruk Limau nipis Bawang goreng Bawang putih goreng Kacang tumbuk Serbuk lada sulah Minyak cili
*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.
CARA HIDANG:
Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.
Kalau buat pisang atau tempe goreng hidang pulak dengan sambal kicap Johor ni memang layan. Bukan orang Johor pun ramai yang suka makan begini.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor yang sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili burung (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu pati ayam
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja ya. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender masukkan kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, chicken stok, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Dah siap. Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa kita.
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba. Tambahan pula, bila tak lama lagi nak sambut Hari Bapa.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera bapa atau ayah kita di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mi kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mi kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mi kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat
Fishcake
Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
3. Selepas itu, masukkan bahan rempah campuran ke dalam periuk. Diikuti serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Guna api paling perlahan sahaja.
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa.
5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.
6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.
7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata.
8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MI KARI:
Telur rebus
Fishball putih | dicelur seketika
Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini
Tauhu | digoreng
Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Limau kasturi – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Daun sup
Bawang goreng