
Hidangan lazat pasti terpikat, pasti suami dan anak-anak suka dengan menu yang ibu-ibu sediakan untuk dinikmati bersama. Chef Azahari Abdullah berkongsi resipi butter milk chicken creamy spicy yang sedap menggetar jiwa siapa yang mencubanya!

BUTER MILK CHICKEN VREAMY SPICY
BAHAN-BAHAN:
- 300 gm Ayam
- Garam
- 1 1/2 Sudu Rempah Kari Ayam- Daging
- 1 1/2 Sudu Serbuk Cili
- 1/2 Sudu Pes Tomyam Hijau
- 1/2 Sudu Serbuk Lada Hitam
- 1 biji Telur Ayam
*( Gaulkan Semua)
CARA MEMASAK:
- Salutkan Ayam Tadi dengan Tepung Jagung
- Goreng hingga nampak ranggup atau masak
BAHAN UNTUK KUAH:

- 1 Sudu Butter @Majerin
- 3 Ulas Bawang Putih Di Cincang
- 1/3 Labu Bawang Besar Dihiris
- 5 Tangkai Cili Padi dihiris
- Daun Kari
- 1/2 Sudu Pes Tomyam Hijau
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan diatas.
- Bila semua dah naik bau atau sedikit garing
- Masukan 1/2 Tin Susu Cair
- Bila mendidih – Masukan Sekepinh Cheesedar
- Masukan Ayam dan biarkan kuah Pekat
Sedia dihidang…..
Kongsi resipi: Azahari Abdullah
https://www.facebook.com/100015739417275/videos/301105837090728/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suami Puji Kuetiau Sizzling Sangat Sedap, Resipi Ni Memang Kena Cuba

Jom cuba resipi Kuetiau Sizzling perkongsian saudari Afy Al Habibi ni. Biasanya kita makan Sizzling Yee Mee kan? Kali ni boleh guna kuetiau pula.
Tak perlu ke medan selera untuk menikmati Sizzling yang enak dan sedap. Dengan adanya resipi ini, anda boleh masak sendiri. Nak makan dengan nasi pun boleh.
Bahan-bahannya tidak banyak malah boleh disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Nak masak lebih pun taka da masalah. Gandakan sahaja sukatan bahannya. Jom cuba!
RESIPI KUETIAU SIZZLING YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
Kuetiau
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 hirisan halia
3 tangkai cili kering – rendam air panas seketika – beli online disini
Ayam – potong kecil
Secubit lada hitam kisar – beli online disini
Secubit lada sulah
Serbuk perasa secukupnya
1 ½ cawan air
Air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 1/4 gelas air)
Hirisan cendawan shitake – beli online disini
Telur
Pak choy – celur
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS:
1 senduk sos tiram – beli online disini
1/2 senduk kicap lemak manis – beli online disini
2 sudu besar kicap pekat – beli online disini
1 sudu besar sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis terlebih dahulu bawang putih hingga kekuningan.
2.Kemudian masukkan hirisan halia dan cili kering yang telah direndam air panas seketika.

3. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Biarkan ayam terbit minyaknya.

4.Masukkan lada hitam kisar, lada sulah dan perasa. Balik-balikkan.
5.Seterusnya masukkan kesemua bahan sos dan juga air. Kacau sebati.
6.Tuang bancuhan air tepung jagung.

7.Masukkan juga hirisan cendawan shitake. Jika guna cendawan segar, boleh terus masukkan. Jika guna yang kering, rendam terlebih dahulu.

8.Biarkan kuah mereneh dengan api perlahan selama 3-4 minit.

9.Untuk menikmatinya, sendukkan kuah sizzling ke dalam hot plate, tambahkan kuetiau dan pecahkan telur. (jika tiada hot plate, guna kuali biasa)

10.Biarkan telur separuh masak sebelum tutup api.
11.Susun pakchoy yang telah dicelur, hirisan ayam dan cendawan.
12. Kuetiau Sizzling sedia dinikmati bersama cili potong.

INFO: Kuetiau perlu dileraikan dan dilalukan bawah air seketika. Tos. Paling sedp guna kuetiau halus)
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ibu Mertua Kongsi Resipi Bihun Goreng Singapore Yang Sedap

Korang suka makan bihun goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey.Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.

BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan:
3-4 biji bawang merah
5-6 biji bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia

bahan-bahan.


Cara memasak:
1.Blender lumat bahan yang tadi.
2.Kopek kulit udang.
3.Rendam bihun hingga lembut(400gm)
4.Kucai dipotong dalam 4cm (rm1)
5.Kalau dah siap kisar.
6.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown
7.Perasakan. Gula,garam dan serbuk perasa.
8.Masukkan udang
9.masukkan bihun yang dah ditoskan.
10.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Kredit : Habeebah Md Daud
Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD
2 Kuih Tradisional Yang Sedap & Mudah Membuatnya, Tak Rugi Cuba.

Pernah dengar Kuih Sopang dan Kuih Cememek, Dulu kuih ini (Kuih Sopang popular di Negeri Sembilan dan Kuih Cememek di Perak) antara kuih wajib buat di bulan puasa atau bila ada majlis keraian. Sesuai dengan peredaran masa kuih ini semakin dilupakan. Sedangkan ia sangat sedap dan mudah membuatnya. Apa waktu cuti dan anda ada lebih masa ini, bolehlah cuba resipi warisan kita.

KUIH SOPANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung pulut
1 cawan santan cair
Secubit garam
BAHAN INTI:
1 cawan kelapa parut | putih sahaja
1/2 gula Melaka | parut
2 sudu makan gula pasair
1 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit air
Bahan Santan:
1 cawan santan pekat
Secubit garam.
CARA MEMASAK:
- Sediakan inti terlebih dahulu. Campurkan gula Melaka dan gula putih dalam periuk.
- Tambahkan air dan daun pandan, renehkan hingga menjadi likat.
- Masukkan kelapa parut, gaul rata hingga sebati, kemudian taburkan sedikit tepung gandum, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
- Seterusnya sediakan pula doh pulut. Campurkan pulut dengan garam galus, gaul rata
- Tambahkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
- Leperkan dan isi tengahnya dengan inti, kemudian lipat doh menjadi seperti bentuk karipap kecil.
- Susun dalam dulang beralas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Lakukan hingga habis adunan.
- Seterusnya sediakan kuah santan, campurkan santan pekat dengan sedikit garam, kemudian tuangkan santan di dalamnya, tetapi pastikan ia tidak meliputi doh pulut.
- Kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak. Tutup api.
- Kuih Sopang sedia dihidangkan.

KUIH CEMEMEK
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung pulut
2 cawan santan pekat
Gula perang/melaka secukupnya
Garam
Daun pisang
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung pulut, garam gaul rata.
- Tambahkan sedikit air, uli hingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk.
- Bentuk doh menjadi bulat seperti guli, leperkan dan tekan ditengahnya.
- Sediakan pinggan, lapikkan dengan pisang yang telah disapu minyak masak. Susun doh yang siap di atasnya.
- Atur jarang-jarang kerana ia akan mengembang bila dikukus.
- Letakkan gula perang atau gula melaka di lubang tengah tepung.
- Tuang santan pekat yang dibancuh dengan sedikit garam dan tepung di sekeliling adunan tetapi pastikan tidak melebihi paras adunan.
- Kukus dalam pengukus yang telah siap dipanaskan lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
- Setelah masak, sedia dihidangkan.
Lagi resipi berkaitan boleh dicuba:
https://www.rasa.my/tak-sangka-sedap-dodol-kukus-senang-pulak-tu-membuatnya/
https://www.rasa.my/koleh-kacang-sedap-lembut-senang-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/koleh-kacang-sedap-lembut-senang-sukat-guna-cawan-je/
https://www.rasa.my/teringin-makan-lepat-liat-utara-ini-cara-membuatnya/
https://www.rasa.my/terbaik-rasa-talam-keladi-berlauk-ni-tak-rugi-cuba/









