Pasti Sedap! Chef Azahari Salleh Kongsi Resipi Butter Chicken Creamy Spicy. Lemak Berkrim Dan Hangat!

Share

Hidangan lazat pasti terpikat, pasti suami dan anak-anak suka dengan menu yang ibu-ibu sediakan untuk dinikmati bersama. Chef Azahari Abdullah berkongsi resipi butter milk chicken creamy spicy yang sedap menggetar jiwa siapa yang mencubanya!

BUTER MILK CHICKEN VREAMY SPICY

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm Ayam
  • Garam
  • 1 1/2 Sudu Rempah Kari Ayam- Daging
  • 1 1/2 Sudu Serbuk Cili
  • 1/2 Sudu Pes Tomyam Hijau
  • 1/2 Sudu Serbuk Lada Hitam
  • 1 biji Telur Ayam
    *( Gaulkan Semua)

CARA MEMASAK:

  1. Salutkan Ayam Tadi dengan Tepung Jagung
  2. Goreng hingga nampak ranggup atau masak

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 1 Sudu Butter @Majerin
  • 3 Ulas Bawang Putih Di Cincang
  • 1/3 Labu Bawang Besar Dihiris
  • 5 Tangkai Cili Padi dihiris
  • Daun Kari
  • 1/2 Sudu Pes Tomyam Hijau

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan diatas.
  2. Bila semua dah naik bau atau sedikit garing
  3. Masukan 1/2 Tin Susu Cair
  4. Bila mendidih – Masukan Sekepinh Cheesedar
  5. Masukan Ayam dan biarkan kuah Pekat
    Sedia dihidang…..

 

Kongsi resipi: Azahari Abdullah

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim