Pastri Segera Tapi Inti Kena Sedap, Ni Resipi Inti Chicken Puff Yang Best!

Share

Semakin mudah untuk kamu sajikan pelbagai jenis pastri dengan menggunakan kulit puff yang boleh dibeli segera. Tetapi intinya perlu disediakan sendiri barulah sedap. Cuba resipi yang Bonda Glamor kongsikan ini, mendapat ribuan share di media sosial. Selamat mencuba!

RESIPI INTI CHICKEN PUFF

 

BAHAN-BAHAN INTI:

  • Ayam kisar 1kg ( untuk 100 keping)
  • 2 labu bawang Holland ( potong dadu)
  • 5 ulas bawang puteh ( cincang)
  • 1 batang leek ( potong halus)
  • 1 paket cendawan shiitake ( hiris nipis)
  • 1 tin mushroom soup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan minyak Sayur
  3. Bila minyak panas masukkan bawang Holland tunggu sampai layu baru masukkan bawang puteh .
  4. Bila bawang puteh dah layu masukkan ayam kacau sampai ayam 1/2 masak masukkan cendawan.
  5. Kacau lagi sehingga sebati dgn ayam .
  6. Masukkan leek dan kacau
  7. Masukkan mushroom soup kacau sampai sebati. Tutup api
  8. Akhir sekali masukkan sedikit garam … Siap inti chicken puff

Guna Puff Pastry ( 4”x4”)

Bahagi kepada 4 bahagian

Letak atas tray ( Bonda alas dgn baking paper )

Letak inti ayam ( 17gm) kalau tak Ada timbang dalam 1 sudu kecil penuh

Letak saja atas inti tadi

 

BAHAN UNTUK SAPU KULIT PASTRI:

Telor dan full cream milk untuk satu atas chicken puff .. kalau tak Sapu Nanti pucat tau chicken pie tu

1 biji telor ( ambil kuning sahaja ) + 2 sudu susu ( boleh disapu untuk 20 biji chicken pie )

Chicken Puff lepas disapu telor

Letak dry parsley atas chicken pie lepas disapu telor

Bakar dalam Oven api atas bawah
Mula- mula atas 180darjah (15 minit)
Pindahkan kebawah 160 darjah ( 15 minit)
Oven selalu tak sama jadi kalau dah nampak kuning keemasan bolehlah angkat chicken puff tu

Taraaaaaaaa dah siap

 

Kredit resipi: Bonda Glamor

Published by
Mastura Abu Kassim