Teringat suatu ketika dahulu, bau wangi memenuhi segenap ruang rumah ketika memasak pati sirap Fanta hijau ini. Ingat tak, mana-mana rumah pasti akan menghidangkan air ini ketika menjamu tetamu pada Hari Raya. Nostalgianya!
Mungkin ada yang dah terlupa, atau ada generasi kini yang mungkin tidak tahu kewujudan air ini, boleh simpan dengan baik resipi ini. Jom cuba perkongsian resipi daripada Nurul Ateekah ini sambil imbau kenangan dulu.
BAHAN-BAHAN:
330ml pati oren Sunquick – Boleh beli online di sini
3kg gula
½ botol pewarna hijau epal / pes pandan – Boleh beli online di sini
½ botol perasa pisang – Boleh beli online di sini
1 helai daun pandan disimpul
2 liter air
*Resipi ini boleh menghasilkan sebanyak 4 liter pati.
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan daun pandan yang telah disimpul ke dalam periuk.
Masukkan 3 kilogram gula.
Kemudian, masukkan 330ml pati oren Sunquick.
Masukkan juga ½ botol perisa pisang.
Disertai dengan ½ botol pewarna hijau epal atau pes pandan.
Kacau sebati.
Biarkan warnanya seperti ini dan masak hingga gulanya larut.
Apabila pati dah sejuk, masukkan ke dalam botol. Boleh dibancuh pada bila-bila masa. Botol yang warna hijau terang tu telah dibancuh dengan air. Senang boleh terus minum.
Siap. Sedia untuk diminum, lagi-lagi tengah panas.
Untuk berbuka puasa juga memang padu!
Kredit: Nurul Ateekah
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official