Makan

Patty Ayam Homemade, Buat Lebih Mudah Nak Makan Bila-Bila

Share

Anak-anak kalau ada burger, memang tak pandang menu lain. Semangat betul mereka makan.Mak-mak pula kalau dah anak-anak suka dengan menu ni,bolehlah cuba buat sendiri patty burger.Boleh buat daging atau ayam ikut citarasa mereka.Tak susah nak buatnya. Ikut resepi ini pasti jadi.

PATTY AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan:

400g isi dada ayam
2 biji kentang
1 batang lobak merah
1 biji telur
1 biji bawang Holland
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil mixed herbs
6 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar mentega

Cara membuat:
1.Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.
2.Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati.
3.Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
4.Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yang sudah siap selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.
*Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Kredit: Geliga Rasa

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri