Sedapnya Ikan Siakap Stim ni. Bagi yang kurang berselera makan atau tak tahu nak masak apa, menu yang dikongsi oleh saudari Bahiah Saripuddin ni antara yang mudah, sedap dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah. Malah penggunaan sos tiram juga memberikan rasa yang lebih enak hinggakan anak-anak pun suka akan rasanya. Jom cuba masak.
RESIPI SIAKAP STIM CAMPAK-CAMPAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap sederhana besar – dibersihkan
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
3 sudu makan sos ikan – beli online disini
6 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini
2 inci halia – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong dadu – beli online disini
1 biji tomato – dipotong dadu
1 batang serai – dihiris nipis
4-5 biji cili padi – dipotong halus
2 biji limau nipis
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan garam dan gula pada ikan hingga rata.
2. Kemudian letakkan sos tiram. Sapu hingga rata di semua tempat termasuklah dalam perut ikan.
3. Hiris semua bahan rencah mengikut citarasa masing-masing.
4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Perah jus limau dan curahkan sos ikan.
5. Sedia untuk dikukus selama 30 minit. Dah siap!
6. Siakap Stim paling senang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official