Nama saintifik bagi Cendawan Shiitake adalah Lentinula edodes atau juga dikenali sebagai cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun serta sering dijumpai di kawasan liar di pergunungan di Asia Tenggara.

Cendawan Shiitake juga banyak digunakan di dalam masakan Cina. Boleh didapati sama ada dalam bentuk segar mahu pun yang telah dikeringkan. Namun di pasaran, cendawan yang telah dikeringkan lebih mudah didapati. Antara khasiatnya seperti sumber protein dan asid amino, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B1, B2 dan niasin. Ia juga dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular & Harga Mahal. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya.

Ads

Di Malaysia, cendawan ini boleh diperolehi dengan mudah di pasaraya sama ada dalam bentuk segar ataupun kering. Cendawan berbentuk kering lebih mudah untuk disimpan dan jangka hayatnya lebih lama. Malah, ia juga enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan seperti sup, kacau goreng dan sebagainya. Untuk menyediakannya, anda hanya perlu bersihkan dan rendam seketika di dalam air panas. Kemudian masaklah mengikut resipi anda. Mudah kan?

Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular & Harga Mahal. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya.
foto: umamimart.com

Nak cuba masak cendawan ni? Boleh cuba resipi di bawah.

 

SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN SHIITAKE

Patutlah Cendawan Shiitake Ni Popular & Harga Mahal. Banyak Manfaat Untuk Kesihatan Rupanya.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 800gram isi ayam } dipotong kecil memanjang
  • 8 biji cendawan Shiitake  } rendam semalam hingga kembang.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub ayam
  • 1sudu makan perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan

BAHAN TUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 ulas bawang putih } ditumbuk
  • 3 biji bawang merah } ditumbuk
  • 1.25cm halia        } diketuk atau boleh dihiris nipis
  • 1 bunjut sup tulang

 

Ads

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Terlebih dahulu, cendawan Shiitake yang telah direndam sehingga kembang dibelah dua atau empat. Ketepikan.
  2. Kemudian, dalam sebuah periuk, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,sup bunjut, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk halus. Kacau sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan potongan isi ayam dan kacau supaya ayam sebati dengan tumisan. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 minit dengan api yang perlahan.
  4. Kemudian baru dimasukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam serta gula secukup rasa. Masukkan cendawan Shiitake dan biar sup mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan perahan air limau nipis dan kacau beberapa saat dan kemudian bolehlah dipadamkan api.
  6. Semasa menghidang bolehlah ditaburkan dengan daun bawang.

Info chef: Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih. Boleh tambah sayuran lain seperti lobak merah dan kentang jika suka. Cili padi boleh diketuk-ketuk jika anda gemarkan sup lebih pedas.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI