Menu Sambal Garing Pedasni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasipanas begitu sahaja pun dah cukup untuk buat makan bertambah. Makan dengan bubur nasi atau roti pun cukup menyelerakan. Nampak sedap kan? Tidak hairanlah resipi ni dapat perkongsian hingga 35K ‘share’ di fb. Wow… Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah Hassan ni. Anda boleh buat dan jadikan stok di rumah. Memang untung dan boleh tahan lama. Malah Sambal Garing Pedas ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu produk jualan. Mudah dikendalikan dan boleh dipos. Wow… Sangat berbaloi ni. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cuci cili kering, tos dan goreng dengan minyak. Jangan lama sebab cili kering cepat garing. Ikan bilis, bawang merah dan juga bawang putih digoreng hingga garing secara berasingan.
2. Angkat cili kering dan kemudian kisar kering dengan sedikit garam halus.
3. Panaskan sedikit minyak masak anggaran 2-3 sudu makan menggunakan api kecil. 4. Masukkan semua bahan, kacau biar sebati dan bercampur rata.
5. Biarkan sambal sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 6. Sambal Garing Pedas homemade sedia untuk dinikmati. 7. Enak dimakan bersama bubur.
Kadang-kadang tu kan tiba-tiba je teringin lauk kenduri contohnya Daging Masak Hitam. Resipi yang di kongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid di Facebook ni memang pasti menjadi lauk daging masak hitam. Kalau tak percaya korang cuba dulu resipi ni nanti. Senang je rupanya nak masak daging masak hitam ni cuma kena bersabar lebih sikitlah, orang kata lagi lama menunggu lagi sedap hasilnya. Paling best, kalau korang masak lebih, boleh simpan dalam peti ais, dan panaskan semula bila nak makan kemudian hari nanti. Tapi pastikan korang simpan ikut kuantiti yang sedikitlah dan yang boleh dihabiskan terus selepas dipanaskan. Ni admin kongsikan resipi lengkap nak masak daging masak hitam.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
Daging 2 kilo
kicap manis dan kicap pekat
cili kering 20 tangkai (kisar)
bawang besar 2 biji
bawang putih 10 ulas
halia 5-6 hiris
serai 2 batang
buah keras 5 biji
kismis 1 genggam(patutnya guna kismis hitam, x dak guna ja yg kuning)
jintan manis 1 sudu kecik
lada hitam 1 sudu kecik
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering kisar
2. Perap 2-3 jam.
3. Sementara tunggu daging kita kisar bahan-bahan ni dulu
4. Kisarkan bawang besar,bawang putih, dan halia
5. Kisarkan serai,kismis,buah keras,jintan manis, dan lada hitam
6. Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang kisar
7. Bawang dah garing masukkan rempah yang di kisar pulak
8. Pecah minyak macam ni masukkan daging, api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air
9. Masak sampai kering, ikutkan tak payah tambah gula dan garam lagi dah ngam2 rasa tapi sebab saya suka manis letak juga 2 sudu
10. Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la tapi berbaloi puas makan
11. Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecil simpan dalam peti ais nak makan panaskan sahaja.
Ayam goreng pastinya menjadi kegemaran serta pilihan ramai terutamanya anak-anak. Tetapi jika buat sendiri secara ‘homemade’, ada kalanya hasil tidak secantik ayam goreng yang dibeli di restoran makanan segera tu.
Kini, anda boleh hasilkan hidangan ayam goreng sama seperti yang dibeli di restoran. Macam mana? Ha..Gunalah Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky AROMA! Mudah, enak malah lebih jimat!
Masukkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas ) AROMA dan air ke dalam mangkuk. Bancuh hingga sebati.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Perap ayam selama 30 minit.
Ambil ayam yang telah diperap tadi, gaul dalam Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky (Pedas )AROMA hingga sekata.
Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak dan goreng ayam pada suhu 160C sehingga masak dan kuning keemasan.
Sedia untuk dinikmati!
JOM DAPATKAN TEPUNG AROMA PERCUMA!
Anda juga boleh mendapatkan Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura AROMA ini di FESTIVAL HALAL SELANGOR 2017!
Festival yang bakal berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini diadakan untuk mempromosikan logo halal Selangor dan premis atau syarikat yang berjaya diberikan pensijilan halal. Terdapat hampir 156 gerai jualan dibuka termasuk kira-kira 30 ‘food truck’ yang diadakan sepanjang festival itu berlangsung. Memang best kalau bawa keluarga dan anak-anak datang ke sini.
Bila dah datang, jangan lupa untuk terjah booth bernombor 118 & 119 kerana produk-produk AROMA ada dekat sini! Memang rugi sangat kalau tak singgah. Terdapat banyak tawaran hebat serta aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan kepada para pengunjung!
APA YANG MENARIK TU???
PERCUMA Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky kepada 30 pelanggan pertama booth AROMA pada setiap hari.
HARGA DISKAUN untuk produk-produk tepung AROMA yang ternyata lebih murah dari harga pasaran.
SAMPLE MAKANAN PERCUMA Tanpa Henti yang dimasak menggunakan 4 jenis tepung AROMA.
DEMONSTRASI MASAKAN oleh Chef Andri pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 4-6 petang.
Ha…Inilah masanya untuk anda nikmati sendiri keasyikan serta keenakan produk-produk AROMA ini. Malah boleh juga beli dengan harga lebih murah! Memang sangat berbaloi. Percayalah, anda pasti akan menggemarinya. Jangan lupa datang beramai-ramai ya!
AROMA,JENAMA TEPUNG GORENG RANGUP SERBAGUNA PILIHAN NO 1RAKYAT MALAYSIA
AROMA adalah jenama tepung goreng rangup serbaguna terulung di Malaysia dan mula menguasai pasaran bermula pada tahun 2001. Ia merupakan produk keluaran tempatan yang dihasilkan oleh syarikat Industri Makanan Jati dan diasaskan oleh Encik Tan Poh Kong bersama isterinya Puan Sara Quek. Beroperasi sepenuhnya di Shah Alam, Selangor, AROMA adalah jenama tepung gorengan serbaguna yang menjadi pilihan serta kegemaran para suri rumah dan pengusaha-pengusaha makanan di seluruh Malaysia.
Sejak ditubuhkan, AROMA sangat komited dan memberikan fokus yang sangat mendalam bagi membangunkan produk-produk terbaik dari segi kualiti, rasa serta kepuasan kepadapara pelanggan. Setelah bertapak selama 16 tahun dalam industri, kini AROMA terus berdiri gah mengembangkan empayar produk-produk terbaik mereka dengan mempunyai perniagaan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuklah negara-negara luar seperti Brunei, Indonesia dan Hong Kong.
RANGKAIAN PRODUK
Mahir dalam memenuhi kehendak dan kemahuan para pengguna, setiap produk AROMA dihasilkan dari bahan-bahan mentah berkualiti serta mempunyai sijil MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bagi memastikan kehendak serta kepuasan para pengguna dapat dicapai serta para pengguna dapat menggunakan produk-produk ini dengan lebih yakin dan tanpa rasa was-was.
AROMA menghasilkan pelbagai jenis tepung goreng rangup serbaguna yang dapat memenuhi segala kehendak serta keperluan pelanggan. Bermula dari kegunaan harian para suri rumah hinggalah perniaga gerai dan pasar malam serta pengusaha industri makanan, semuanya ada disediakan oleh syarikat ini. Bahkan, untuk kemudahan para pelanggan juga, produk-produk AROMA didatangkan dalam variasi saiz pek yang berbeza iaitu 200gm, 300gm, 1 kg, 5 kg dan juga 20kg.
Antara variasi tepung goreng rangup serbaguna di bawah jenama AROMA ialah Tepung Goreng Pisang, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa asli, Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky perisa pedas dan Tepung Goreng Tempura. Malah bagi kegunaan para peniaga terutamanya peniaga pasar malam, AROMA juga ada mengeluarkan Tepung Goreng Rangup Serbaguna bersaiz 3kg yang semestinya sangat praktikal, berkualiti serta menjimatkan.
KEISTIMEWAAN PRODUK AROMA
Kesemua produk-produk ini mempunyai keistimewaan serta fungsinya yang tersendiri dalam menghasilkan makanan-makanan yang terbaik.
KEKAL RANGUP DALAM JANGKAMASA YANG LAMA
Pisang yang digoreng menggunakan produk Tepung Goreng Pisang AROMA terbukti kekal rangup walaupun telah sejuk dan lebih dari 3 jam selepas dimasak. Malah rasa pisang goreng juga kekal enak dan tidak menjejaskan kualitinya. Ini pastinya memudahkan, menguntungkan serta memberi manfaat kepada pengguna terutamanya para peniaga makanan.
BEBAS TELUR
Istimewa tepung-tepung AROMA ini, ia tidak memerlukan sebarang telur sebagai bahan salutan. Hanya perlu bancuh tepung AROMA bersama air mengikut sukatan yang diberikan sahaja dan masak mengikut aturan yang disediakan. Hasilnya, masakan bergoreng enak serta lazat sedia untuk dinikmati.
JIMAT WANG
Kos penyediaan makanan juga lebih jimat dengan menggunakan Tepung Goreng Rangup Serbaguna AROMA. Ini kerana hanya sedikit sahaja tepung digunakan untuk menghasilkan makanan bergoreng yang sempurna. Bagi pek bersaiz 1 kg, ia boleh digunakan untuk menghasilkan 4kg ayam goreng. Wow! Memang berbaloi dan ‘value for money’ terutamanya jika anda seorang peniaga makanan.
HASIL GORENGAN YANG SEMPURNA
Tepung Tempura AROMA juga sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan hidangan tempura bagi udang, sotong dan aneka sayur-sayuran. Tiada lagi masalah salutan tepung yang lembik atau tidak melekat. Dengan produk AROMA, anda mampu menjadikan setiap makanan bergoreng bersalut elok dan dimasak sempurna persis air tangan chef terkemuka.
TIDAK SERAP MINYAK
Setiap hidangan yang digoreng menggunakan Tepung Goreng Serbaguna AROMA juga direka supaya tidak menyerap minyak. Oleh itu setiap hidangan yang anda hasilkan pastinya lebih sihat, rasa lebih enak serta kurang kolesterol. Malah anda juga boleh jimatkan penggunaan minyak masak. Bestnya!
BERKUALITI TINGGI & HALAL
Kepakaran syarikat Industri Makanan Jati dalam menghasilkan aneka Tepung Goreng Rangup Serbaguna jenama AROMA memang tidak disangkal lagi dan itulah faktor yang menjadikan jenama ini berbeza daripada produk seumpamanya yang lain di Malaysia. Demi menghasilkan produk yang terbaik, banyak kajian serta penyelidikan dilakukan dalam usaha untuk membuat pembaharuan bagi memenuhi setiap inci keperluan pelanggan yang semakin meningkat di seluruh negara.
AROMA amat memberi penekanan terhadap keselamatan dan kualiti makanan demi menjaga serta memenuhi kehendak para pengguna. Ini terbukti dari segi pemilihan bahan mentah, hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti sahaja digunakan untuk menghasilkan produk-produk AROMA. Rempah-rempah juga diimport dari luar negara bagi memastikan rasa serta hasil produk berada di tahap yang terbaik serta konsisten. Malah dari segi pembungkusan, syarikat ini menggunakan mesin-mesin moden bagi menjamin kebersihan, kualiti serta kuantiti pengeluaran produk yang lebih banyak.
Demi keselesaan pengguna yang beragama Islam, kesemua produk-produk AROMA yang dipasarkan mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh JAKIM. Oleh yang demikian, para pengguna dapat menggunakan produk ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.
MENEPATI CITA RASA TEMPATAN
Seiring dengan usianya di pasaran, produk-produk AROMA pastinya memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Malah dengan sokongan ini juga telah menempatkan jenama AROMA di puncak kegemilangannya yang tersendiri. Ia terbukti dengan penerimaan anugerah The Golden Bull Award 2017- Oustanding SMEs dimana anugerah ini adalah salah satu penghargaan kepada usahawan-usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan yang berjaya serta menjadi inspirasi kepada pemain-pemain industri yang lain.
Ingin mencuba produk-produk AROMA? Anda boleh mendapatkannya dari pusat-pusat membeli belah terkemuka seperti pasaraya Mydin, Giant, NSK, Hero, Tesco, Tunas Manja, Aeon Big dan juga kedai-kedai runcit berhampiran.