Patutlah Viral 40k! Mi Wantan Kicap Style Adam Corrie Memang Sedap & Simple

Share

Mi wantan kicap adalah masakan cina yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Selalunya hidangan ini akan disajikan bersama sup wantan, wantan, dan sayur yang diletak bersama mi wantan.

Ini resipi turun temurun keluarga dan pernah menjadi sumber pendapatan Adam Corrie ketika zaman remaja. Nampak ringkas tapi rasanya menyelerakan dan sederhana.

BAHAN-BAHAN MI WANTAN

  • mi wantan (dicelur) – ada jual di supermarket.
  • minyak bijan
  • kicap pekat
  • kicap cair (apa-apa jenaman)
  • Sos tiram
  • Sayur sawi / siew pak choi

CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan semua minyak dan kicap dalam pinggan. Kemudian masukkan mi wantan yang sudah celur dan gaul rata. Tidak perlu di masak.
  2. Taburkan bawang goreng kalau suka.
  3. Letak sayur sawi atau siew pak choi yang telah di celur di atas mi

 

BAHAN-BAHAN ISI / INTI WANTAN

  • Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus)
  • Daun bawang- di potong halus
  • Lobak Merah- di potong halus
  • Sedikit tepung
  • Lada sulah
  • Garam
  • Sos tiram

CARA MENYEDIAKAN

  1. Gaulkan semua bahan-bahan (Jika suka boleh tambah bawang besar, cendawan yang dipotong dadu kecil.) Tapi saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Kalau terlampau basah kulit wantan mudah koyak.

 

BAHAN-BAHAN KULIT WANTAN

  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
  • Air panas mendidih
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.
  2. Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.
    Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tidak keras
  3. Kalau susah sangat atau mudah beli sahaja yang sudap siap di pasaraya.

 

BAHAN-BAHAN SUP RINGKAS

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Didihkan air, masuk lada sulah dan kiub ayam.
  • Masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup.
  • Masakkan sekali dengan sup dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!

Info: Untuk rasa pedas boleh buat cili padi potong dan letakkan kicap cair. Wantan juga boleh digoreng dengan sedikit minyak.

Kredit: Adam Corrie

Sedap di makan dengan minyak bawang putih perghhh mertua lalu ker, makwe/pakwe lalu ker mintak maaf la tak pandang dah hehehe

Viral 40k! Patutlah

Published by
Mastura Abu Kassim