Biasa kalau makan pau hanya yang dikukus. Gebu dan lembut memang tak cukup satu. Hari ni ubah selera dengan hidangan pau goreng. Tidak kurang enaknya.

Pau Bakar atau Tau Sa Pia

Bahan-Bahan:

Doh A (air)

2 sudu makan shortening – BELI ONLINE DI SINI
1/4 cawan air
2 sudu makan gula icing
1 cawan tepung gandum

Doh B (minyak)

1 cawan tepung gandum
4 sudu makan shortening
1 /2 sudu kecil garam

IKLAN

Inti

2 cawan kacang dhal (rendam dan rebus sehingga kembang) – BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu pekat – BELI ONLINE DI SINI
1 cawan gula

Setelah kacang kembang tapis buang air selepas itu blend kasar.
Masukkan dalam periuk tambah susu pekat dan gula masak sehingga kering. Biarkan sejuk.

Cara Membuat:

1. Satukan bahan doh A dan bahan doh B secara berasingan. Gaulkan bahan A Dan Bahan B sehingga sebati. Bahagikan doh kepada bebola untuk setiap doh A dan doh B.

2. Ambil sebiji bebola doh A canaikan sehingga leper. Kemudian, letakan bebola doh B di tengah dan balutkan. Satukan dan canaikan doh yang disatukan tadi secara memanjang dan digulungkan. Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali.

3. Setelah itu, canaikan dan letakkan inti dan dibalutkan. Ulangi langkah ini sehingga habis adunan.

4. Akhir sekali, sapukan tau sa pia tadi dengan telur kuning dan bakar selama 30 minit dengan suhu 180 sehingga kekuningan.

Kredit: nora habsah shahid
C&p

INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.

Sedapnya Pau Homemade, Lembut dan Gebu Gitu

Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je

Cara Betul Buat Kuih Talam Suji Yang Gerenti Jadi