Anak tiba-tiba minta nak pau goreng seperti yang dijual di pasar malam. Mudah saja membuatnya ikut resipi ini. Buat pau goreng kacang merah memang lembut elok. Guna mixer je adun sekejap saja dah kembang. Jomlah kita buat.
Pau goreng inti kacang merah
Bahan A:
1 paket yis kering mauripan
2 sudu besar susu pekat anggaran 1 cawan air suam
2 sudu gula (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C:
Ads
½ cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Cara membuat:
1.Campurkan bahan A,B,C dan uli.
2.Perap sekejap hingga kembang. Kemudian tumbuk buang angin.
3.Bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.
4.Bila doh mengembang hampir 2 kali ganda, bolehlah goreng dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas.
Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
3 tangkai kucai|dipotong kecil
1 biji cili merah|dicincang halus
1 biji bawang besar|dimayang halus
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Kuih Sagu Pandan ni antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Shai Anne Ahemed pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Paling best sagu tak perlu kukus terlebih dahulu. Boleh terus masak. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja. Jika nak guna pewarna rose pun boleh. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH SAGU PANDAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
½ cawan sagu – beli online disini
5 sudu makan gula
Kelapa parut secukupnya ( gaul dengan sedikit garam & kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna pandan atau rose selama 1 jam 30 minit.
2. Bila cukup masa, toskan dan letak sagu dalam satu bekas.
3. Tambah gula ke dalam sagu dan gaul sebati.
4. Sudukan sagu ke dalam acuan dan kukus selama 25-30 minit.
5. Bila sagu sudah masak, keluarkan dari acuan dan gaul dalam kelapa.
6. Kuih Sagu Pandan siap dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kuih ni tahap kemanisannya hanyalah manis-manis buah sahaja. Jika suka kuih yang lebih manis, tambah sedikit lagi gula. Sukatan ini akan dapat dalam 30 biji kuih.
Ada peminat pulut ke kat sini? Walaupun dunia semakin moden dan muncul kuih versi baru yang hipster, kuih berasaskan pulut ini tetap ada peminatnya yang tersendiri. Korang tengoklah tiga kuih ni pasti jadi buruan ketika sarapan atau minum petang. Kuih tradisi macam ni kita kena belajar buat sendiri. Bukan apa. Jangan sampai resipi ni hilang.
PULUT INTI
Bahan-bahan
Bahan pulut:
4 cawan pulut
100 ml santan pekat
Secubit garam
Bahan inti:
1/2 biji kelapa diparut
2 sudu besar gula Melaka
secubit garam
Cara memasak:
1) Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2) Kukus pulut setengah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan santan dan garam, gaul rata.
4) Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
5) Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
6) Setelah inti pekat dan melekat, tutup api.
7) Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
8) Bentangkan sehelai daun pisang yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8) Menggunakan scope aiskrim, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
9) Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering (direndam dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan manis (disangai dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (disangai dan dikisar)
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125 gm cili boh
125 ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara memasak
1) Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2) Kukus pulut setengah masak.
3) Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4) Kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
5) Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
6) Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
7) Seterusnya masukkan serai, halia, lengkuas, kunyit, serbuk jintan manis dan putih. Kacau rata.
8) Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula secukup rasa.
9) Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10) Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak.
11) Letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
12) Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
13) Akhir sekali panggang sehingga masak dan garing.
PULUT SERONDENG KELAPA
Bahan pulut
250 gm
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu teh garam
Bahan serondeng
200 gm kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1) Basuh pulut kemudian dan kukus sehingga masak.
2) Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3) Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4) Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serondeng. Jangan terlalu garing.
5) Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
6) Gaulkan pulut atas serondeng.
7) Sedia dihidangkan.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira