Peanut Choco Thambprint Cookies, Tak Perlu Acuan Pun.

Share

Masih mencari resipi biskut yang mudah dan sedap ray ani, ini RASA kongsikan resipi Peanut Choco Thambprint Cookies ringkas, tak perlu acuan pun. Mudahkan cara membuat, filling coklatnya di tengahnya dan salutan kacang gajus cincang sudah cukup memberikan rasa sangat sedap dan rangup.

PEANUT CHOCO THUMBPRINT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang gajus | cincang kasar dan sangai
100gm mentega
50gm marjerin
120gm gula halus
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum
20gm susu tepung
20gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder

FILLING:
Chocolate filling secukupnya | boleh diberi di kedai bakeri

CARA MEMBUAT:

  1. Kacau mentega, marajerin, gula halus hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau rata seketika.
  3. Masukkan tepung gandum, jagung, susu tepung, baking powder, adun rata menggunakan spatula.
  4. Bulatkan adunan, celup dalam putih telur dan gulingkan dalam kacang gajus sangai/panggang tadi.
  5. Letakkan di atas loyang pembakar.
  6. Tekan tengahnya dengan ibu jari dan isi tengahnya itu dengan filling chocolate menggunakan piping bag.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30-40 minit dengan suhu 160C.
  8. Setelah masak, sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.

Source: @tintinrayner Rebake: @yulichia88

Published by
webadmin